2 Balas
Pengalaman saya masa baru dapat tahu mengandung 6minggu dan dalam masa yang sama dah booked tiket untuk ke Korea (Honeymoon) 😅 minggu depannya. So, saya rujuk doktor untuk tahu keadaan kesihatan saya dan kandungan. Doktor benarkan saya naik flight, tapi masih perlu berwaspada dengan keadaan diri kita yang dah berbadan dua, cth: Jangan angkat beg/barang yang berat2, berjalan kaki yang panjang tanpa rehat, badan dah penat tapi paksa juga berjalan, naik permainan/kenderaan yang bergoyang² dll. Dalam masa yang sama ubat yang dibekalkan kena consume dengan betul dan jangan lupa makan. Untuk penerbangan ke luar negara, masa kandungan saya 8minggu, saya inform staff yang bertugas masa checkin, so mereka sediakan borang untuk isi butiran diri dan pengakuan kita akan bertanggjwb sepenuhnya kalau jadi apa². Yang bestnya, untuk ibu yang mengandung banyak kemudahan yang boleh dapat (Diberi keutamaan untuk masuk ke pesawat dulu hihi) Sentiasa berwaspada dan banyakkan berdoa jika risau berlaku apa². Yang paling penting, kita kena banyakkan membaca fakta² semasa mengandung untuk waspada jika berlaku tanda apa² dan tak mudah panic. Segera berjumpa doktor jika berlaku sebarang pendarahan (tak kira sikit atau banyak). Sekarang saya dah 33weeks. Doakan semoga semuanya dipermudahkan. Semoga membantu 🌸
Rasa nya masih boleh, sbb kandungan belum besar.. Cuma kena Hati2 la .
Ok. Tq bagi pandangan. 😍🤗
Ummu Hanan