Susu badan kering

Hi, minta jangan marahkan saya. Saya tahu ini salah saya sendiri. Saya ingin mengadu, kalau susu badan sudah terlalu kering bolehkah nk banyakkan semula yea? Saya, waktu baby newborn baru lahir baby dah biasa dgn puting botol jadi, bila saya cuba direct feeding baby tolak puting saya. Saya kesian, lalu saya biasakan dia dgn puting botol dan selalu saya akan pump susu. Waktu awal berpantang dulu, saya kurang lelah dan penat kerana suami ada dirumah boleh tolong tengokkan bayi sementara saya ambil masa untuk pump susu. Tapi, sejak suami dah mula sibuk dengan kerja pergi ofis, balik malam2 , saya jadi tiada masa untuk diri saya pump susu. Badan saya overtired , menjaga baby yang tak nak berpisah dgn saya dan kerap tidur terjaga walaupun saya sudah bedung dia. Dekat 3 minggu dah saya tak pump susu badan sbb saya rasa overtired , saya nak rest bila anak saya tidur..itupun dapat rest paling lama 30 minit sebelum anak saya jaga semula. Sekarang, saya rasa breast saya dah kempis sgt2 , dulu nak pakai bra pun mcm kene longgarkan tali sekarang sekecil2 tali saya kecilkan sbb breast makin kempis. Saya nak tanya, ada chance lagi ke saya nak adakan semula susu saya? Bayi baru 56 hari .

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy faham perasaan sis. Memang penat nak jaga waktu pump & jaga anak. Kekadang tu baru pump sebelah, anak dah jaga tidur. Kekadang tu baru 5 minit pump, anak dah nangis. Kekadang tu lebih pilih tidur daripada pump sebab badan dah terlampau penat. Sangat susah ya nak bekalkan susu kalau anak tak nak direct feed. Kesudahannya sampai 3 bulan je sy ada susu badan. Lepas tu memang kering 😭 Anak tak nak direct feed sebab waktu lahir, puting kedua-dua belah melecet teruk. Sakit bila direct feed. Bila dah sembuh, anak pula tak nak 😣 Sy nak suggest pun sy tak tahu. Moga ada yg dapat bantu sis. #luahan #firstmom #firstborn

Baca lagi

anak awak masih kecik lagi jadi chance untuk awak ada susu badan masih tinggi. awak kena keep offer breast awak dkt anak. kerapkan skin to skin. makan makanan yg berkhasiat dan mknn yg awak boleh rasa happy. itu semua milkbooster. Kalau awak ada rezeki lebih, awak boleh amik consultation dari mana2 breastfeeding consultor. Nnti mereka boleh ajarkan awk cara anak nk latch. perbetulkn anak yg nipple confius. awak first mom kan? jadi awak takde pengalaman menyusukn anak. saya sarankan awak amik personal consultation yg boleh guide awk

Baca lagi

cuba main supplement jelly nufiya , saya jarang pam , df pun tak sepenuh nya sbb nak bg susu formula . bila rasa susu kurang je kat breast cepat cepat makan nufiya jelly terus rasa berat breast . saya doakan awak yea . minta suami comfort kan awak bila awak penat 🥲