Nangis teruk bila nak tidur bb 2m

Mcm mana nk buat ya baby asik nangis kuat2 bila ngantuk. Ambik masa 30mnt-1jam nk tidurkan dia yg mengamuk tu. normal ke mcm ni? Bb tgh mental leap. Tp sebelum msuk mental leap pon dia gitu jugk. tlg share tips. Tqvm #SeriusTanya #bantusharing #Sharing_dong_Bund #newmom #firstmom

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

normal sis,ank sis mungkin jenis high demands mcm baby sya high demands kadang ada masa nk tidur teknik mcm ne ada masa mcm tu tpi saya perasan dkt2 dia nk masuk 3 bln habit tidur dia makin baik lpstu skrang siang jelah tidur kejap2 tpi mlm tu lama tidur bangun just nk susu kalau dulu 1-2 month kejap2 je tidur mlm kul 12-1.00 pgi bru tidur skrang lps maghrib je tidur smpai ke pagi besok

Baca lagi
8mo ago

Sama lah.. mcm mana sis tidurkan ank sis masa siang? Malam ank saya mcm tkder meragam sgt. Siang ni susah btul..

bb saye 29 hari , nk tdo mkn masa sejam stgh. slagi celik nk susu. kalu x bgi susu takan tido. skli feeding time dlm 90ml. mcm skarang 120ml. bru tdo. kdang bgi 60ml tdo tapi kjp je dlm kurang 30 Min smpai laa dpt Susu tmbah lagi. hmm. risau overfeed.

8mo ago

Baby saya 36hari. Kadang demand dia tinggi. Kalau ikutkan hati nak bg 90ml setiap kali feeding sebab dia melalak macam tak kenyang. Tapi fikir takut over sebab nurse pesan nb 2oz je. Baby saya setiap kali feeding 60ml pastu dia akan tido. Jadi setiap 1jam atau 2jam dia akan bngun and then susu balik.

maybe dah terlajak masa. anak dah overtired mmg susah tidur, mengamuk dulu.. try betul2 tengok jam, catat anak bangun pukul berapa, wake window 2m dlm 1j-1j15m je. sebelum habis ww pastikan surrounding anak dah aman selesa untuk tidur. try dh?

Baca lagi
8mo ago

yes, tp tu sekarang la😆 nanti tiap bertambah umur lain2 keperluan dia, mommy kena sentiasa update pengetahuan. kalau anak sy, dr 2m tidur malam dia 12 jam, contoh tidur pukul 7pm, 7am baru nk bangun. bila dah besar dh 1y selalunya dlm 11jam tidur mlm dia. nk cukupkan tidur harian tu kena jaga ww tu. anak sy dulu high demand nk dapat tidur tu susah, senang overstimulated senang overtired. kalau silap timing silap lebih aktiviti mmg kacau la, tp kalau betul2 ikut keperluan dia senang la hidup happy2 dr bangun pg sampai tidur mlm

Baby sy pun mcm ni. Nak masuk 3 bulan. Mmg tiap kali nk tido dia ngamuk. Baby sis tido buai x? Baby sy tido dekat tangan sambil henjut menari. Sy dodoi pastu bagi susu pastu dodoi pastu susu sampai la dia tido. Dalam 10minit jugak.

8mo ago

Baby saya tido buai. Lepas susu mesti dia akan ngntok pastu mengamuk. Jadi saya dah tau tu signal dia nak tidur😂😂

Bila dia bangun try rajin main dgn dia, bckp2 & bgi main d playgym. Dia dh puas hati nti mungkin blh la dia mau tdur. Atau bawa dia berjln luar rumah, masa ni jgn terus pksa dia tdur, layankn ja dlu pelan2 dodoikn

8mo ago

Tq suggest. Baru check out playgym. Nnti nk cuba bg dia main.. tapi berapa minit boleh bg dia main? Kalau dia masih segar bugar and wake window dah nak habis mcm mana pulak??? 😭😭

TapFluencer

setiap baby ni lain². cuma kalau boleh pantau waktu tidur dia. contoh anak biasa tidur jam 2pm, nak dkt² 2pm mcm 1:30pm tu dah boleh standby tidurkan anak. time malam, tutup lampu, bukak white noise/zikir.

8mo ago

yg penting, bila keluar rumah @ dkt rumah ada tetamu, pastikan dia tidur ikut tetap waktu tidur dia. jangan bagi org paksa dia berjaga/ajak main, nanti dia penat.

normal sis.. sye penah jgak mcm tu dlu.. dua2 penah.. tdokan kt lengan &buai pun kdg mkn mse stengah jam-sejam.. bykkn sabar.. fasa nie akan berakhir jgak nant..

8mo ago

Bb sy ni melalak dulu mcm kene cubit.. dh habis melalak bru nk isap puting tu. penat kalau setiap kali lepas susu nk tidur dia cmni.. huuhu

Jgn2 high need tak. Baby saya dulu tidurkan dia 2 jam kalau tanpa buai. Dah buat 5s pun tetap lah kena dok gendong bobok sampai cramp kaki2 kebas semua otot

8mo ago

Ha’ah sy rs ank sy high need.. ank sis skrg bpe bulan? Ok dh tk tido dia? Huhu

VIP Member

sama baby 2bulan,tp baby sy bkn overtired..beralih bulan mnyusu pon xnk,dh mamai² bru nyusu..mujo mudah dipujuk..

Kalau baby saya pulak, menyusu sambil baring baru blh tidur.