Pengalaman Bersalin Anak Pertama
Macrosomic Baby#firstbaby #macrosomicbaby EDD: 06.02.2023 DOB: 05.02.2023 | 11.45am | Normal Delivery ⚖️ 4.6 kg 📏 54 cm Start dari 2hb sampai 4hb Feb 2023, perut sampai pinggang sakit on off. Bila petang 4hb tu dah xda rasa sakit. Tapi start dari maghrib sampai lepas isyak xda pergerakan baby langsung. Dan start risau. Cakap dengan husband nak cek ke wad bersalin. 9.30 mlm tu ke wad bersalin Hosp. Semporna. Bila nurse cek lagi 2 hari due date, nurse terus cek bukaan dan rupanya bukaan dah 2cm. Nurse pun panggil doktor utk scan. Jam 10.50mlm tu Doktor pun makluman baby besar so kena czer. Kalau czer kena hantar ke Hosp. Tawau. Mommy pun tunggulah kedatangan ambulans utk bawa ke Tawau. Jam 12.45malam gerak dr hosp Semporna ke hosp Tawau. Jam 01.50 pagi sampai di hosp Tawau. Buat pemeriksaan semua, doktor kat hosp Tawau pun decide untuk bagi normal saja sbb ikut scan diorg berat baby hanya 3.1kg saja. Myb nampak besar sbb mommy tinggi. So doktor pun cakap normal ja. Kalau sampai jam 7pagi tiada apa² perubahan bukaan rahim, diorg bagi induce. Fuhbb mommy punya takut dgr bunyi induve sbb dh buat research sblm ni, habis semua petua mommybuat ada cepat bukaan. Jam 05.14 pagi dh start contraction sekali lendir² darah turun. Kwn katil sebelah kata tanda² baby mau keluar dh tu. Sempatlah tunaikan solat subuh wlupn dh sakit sgt. Jam 06.35pagj cek bukaan dh 4cm. Syukur ada perubahan. Mommy ada minta ubat tahan sakit, nurse bagi la cucuk kat punggung tu, menyesal mommy minta sbb ubat tu buat kita mengantuk nt xkuat nak teran pulak. Doktor junior semua risau mcm xyakin yg baby kecik sbb nmpk perut besar gedabak hahaha last tu doktor pakar dh yg dtg scan dan cakap baby 3.5kg ja.. bole ja mommy bersalin normal. Apalg doktor² junior pun redha ja la. Jam 09.55pagi mommy dh kena bawa ke labour room sbb bukaan dh 5cm dan sakit sgt. Alhamdulillah doktor dan nurse yang handle mommy semua baik², tolong ajar cara betul meneran dan kawal pernafasan. Sbb mommy masatu 1st time. Jam 11pagi macamtu bukaan rahim dah 8cm. Doktor pun buat persiapan untuk mommy start meneran. Teran dalam 3-4 kali macamtu keluar dah kepala baby dan itu pun mommy ada kena gunting sbb nak bagi besar laluan. Doktor nampak ja kepala baby besar, terus panggil nurse² lain utk tolong. Ntah doktor sebut kod apatu, dtglah nurse dlm 4 ke 5 org mcmtu terus angkat paha mommy kiri dan kanan bagi kangkang luas² dan bagi tinggi. 2kali teran, alhamdulillah jam 11.45pagi baby keluar sepenuhnya. Doktor teriak baby besar baby besar cepat timbang hahahaha mommy samar² ja nampak baby tpi mmg speechless la mcm besar sgt. Lepas timbang, berat baby 4.6kg. Excited semua. Hahaha tapi awalny mommy xdpt skin to skin dgn baby sbb baby kena masuk wad scn cpt², nafas dia laju dn trmakan najis sndri. Lepastu doktor kena pantau gula baby takut baby hypo. Sblm baby dibawa ke wad sempatlah mommy cium baby jap dlm 10saat terus baby msuk incubator smbung pasang oksigen. Alhamdulillah esoknya mommy discharge hosp sekali dgn baby. Doktor pakar bila tau mommy lahirkan 4.6kg tak mampu nk cakap apa. Lama berdiam hahaha nasib xda apa yg jdi kat mommy dn baby masa proses bersalin, kalau tak mmg doktor pakar tu la yg kena jawab sbb dia bagi bersalin normal. Itu saja pengalaman mommy yg xdpt lupa sampai bila². Best moment ever. Masa mommy habis buat pemeriksaan lepas smpi di hosp tawau tu, mommy amalkan bbrp petua utk kuatkan tenaga dan mudahkan proses bersalin. Bole rujuk gambar ya. Terima kasih 🤍 Edit: mommy selalu minta doa juga supaya semasa proses nak bersalin, tengah bersalin tu Allah bagilah mommy kewarasan untuk ingat berdoa dan berzikir, ingat petua² yg mommy dh belajar. Alhamdulillah Allah makbulkan. Mommy kena jahit kat luar yg koya kena gunting tu. Tapi mommy banyak luka fragile kat dalam yg luka xboleh nak jahit sebab isi hancur.