nak bertanya

macam mana ciri ciri baby dah masuk laluan bersalin , masih bergerak ke tak bergerak .. tanda tanda nak bersalin tu takde lagi cuma cirit birit tu ad lah kekadang ... boleh jawap tak mummy ... dan nak tanya kalau air susu tu keluar dari puting tu pun tanda tanda ke

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

colostrum tu seawal second trimester memang dah ada.. if baby dah masuk laluan, tanda2 nya : Perubahan pada bentuk perut – Perut nampak lebih “ke bawah” (baby bump turun). 🔹 Rasa lega untuk bernafas – Tekanan di bahagian dada kurang sebab baby dah turun. 🔹 Kerap kencing – Kepala baby tekan pundi kencing. 🔹 Tekanan di bahagian ari-ari/pelvis – Rasa berat, mencucuk atau sengal dekat bawah. 🔹 Sakit pinggang & kejang peha – Disebabkan baby menekan saraf. 🔹 Pergerakan baby terasa lain – Gerakan rasa lebih ke bawah berbanding sebelum ini. 🔹 Keluarnya lendir keputihan atau bercampur darah (show) – Tanda serviks mula membuka. Kalau ini berlaku awal sebelum due date, ia tanda tubuh sedang bersedia, tapi belum tentu terus bersalin. Ada ibu yang baby engage beberapa minggu sebelum due, ada juga yang baru masuk laluan bila betul-betul nak bersalin.

Baca lagi