Ruam panas pada satu badan

Maaf saya nak bertanya.. ada tak parents yg anak penah kena ruam macam ni.. anak saya baru baik demam 2 hari lepas.. setelah 3 hari demam panas suhu 37/38 alhamdulillah demam dah kebah hari keempat.. hari kelima ruam naik dekat leher.. ingat ruam biasa sebab air liur dia selalu meleleh.. panas cuaca sama.. tapi harini tgok ruam dia naik satu badan sampai ke muka.. semalam saya dah beli sebamed utk mandian.. lepastu sapukan cream drapolene.. sebab dalam masa yg sama dia kerap berak sampai merah kemaluan dia.. saya sapukan cream tu dekat tempat ruam jugak.. esok pagi baru boleh nak pergi klinik pakar kulit sebab harini tak sempat.. #firstbaby #firstmom #pleasehelp

Ruam panas pada satu badan
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya pun panik bila ruam anak naik satu badan selepas 3 hari kebah demam, selsema dan kahak. Bawa ke klinik doktor kata, samada nak jadi campak atau atau allergy. Pantau dulu jika demam tinggi dan ruam tu jd besar mcm campak, ya campak. Tapi nak tak demam. Saat tak pakaikan sabun langsung utk anak kecuali sample QV body wash. Mandikan anak dgn daun neem, bg juga minum air kelapa, takut jika campak. Stop makanan yg baru dia cuba. Sapu minyak bawang putih satu badan. Seminggu lepas tu elok. Bukan campak. Doktor pun kata memang selepas anak demam memang naik ruam.

Baca lagi