14 Balas

kalau ikot CB kandungan awak bersamaan 4@5w. boleh untuk sah kn kehamilan. cumanya belom nmpk pape lagi ataupon dinding rahim awak baru menebal. nak nampak kantung boleh scan masa usia kandungan awak 6@7w. nak nampak baby dan heartbeat boleh scan masa usia kandungan awak 8@9w dan keatas. selagi awak xde spotting/bleeding, inn shaa allah kandungan awak baik2 sahaja. continue makan asid folid sampai la awak buka buku pink☺️

Hi, dua hari lepas saya pun mcm awak +ve. Bila dtg klinik utk confirmkan pregnancy, lain pulak doc jumpa. Terus kena refer pakar hosp utk confirmation takut ada sakit lain. Now sy tengah admit kat hosp, tnggu result darah keluar. It depends on you, kalau nk confirmkan pregnancy awal, boleh check kt klinik swasta dulu. Kalau nk tnggu lg 2 minggu pun boleh.

pergilah check di klinik swasta dahulu untuk pengesahan awal...kemudian blh bawa bukti untuk check di kerajaan...lebih mudah untuk berurusan nanti. kalau di Johor kena buat temujanji atas talian untuk tarikh pertama periksa di klinik kerajaan. tapi negeri lain saya tak pasti...moga dipermudah untuk segala urusan Puan & bayi.

TapFluencer

untuk scan 8w keatas lebih prefer time 10w. kalau nak buka puku pink, boleh datang kk skrg untuk confirm pregnant dan appointment buku pink 🥰 sementara tu sis boleh teruskan makan asid folic, nanti da buka buku pink makan ubat yang kk bagi pulak. tahniah puann 🥰

Awk dh boleh trus p kk , lgi awl p lgi elok , mcm sy dtg awl juga utk buka buku pink , nnt dorg bgi asid folic tu , dlm 8w ke ats bru nmpk jntung bby , awk dtg je kk utk cmfmkn prengt brp week sbb kiraan sndri x sma tu dngn kk 😂 mcm sylah

Tahniah sis.. seeloknya 8-12w ke atas. Kalau buka buku di kk pun ikutkan doc akan scan antara minggu tu la bila RME 1.. Jgn lupa mkn folic acid ya sis

Tahniah! rezeki awal. tunggu kandungan 8 weeks Dan ke atas utk scan. time tu insyaallah boleh nampak kantung dan janin

betul².. lagipon sy 2bulan Lepas baru chemical pregnancy...smpai ngs jugak la...tapi Masih kuat. hehehe 😊

8 minggu ke atas. Awak nak buka buku pink kat mana? Nak buka di KKIA dah boleh call sekarang untuk dapatkan appointment.

TapFluencer

Kalau saya prefer lepas 2-3 minggu lagi. Sbab scan awal2 ni slalunya xnmpak ape lagi… Nnt buat diri tambah risau je.

Betul. Sy berada dlm fasa tuh. Aftr +ve terus prgi check. Then tak nampak kantung but rahim menebal. Dr dah ckp tahniah bagai. Then balik tuh mcm2 baca, auto fikiran negatif 🥲

skrg baru 4weeks. 8weeks boleh p scan. 10weeks boleh buka buku pink

Soalan popular

Artikel Berkaitan