13 Balas
Pergi klinik swasta scan dulu, pastu baru pergi klinik ibu anak ya dik bukak buku pink cakap je awak ibu tunggal nanti nurse kat situ sume paham.. Yang penting, kena jujur.. Tau! Jaga diri baik2 k.. Jaga pemakanan dan jangan cuba buat perkara yg diluar jangkaan bila family dah tahu nanti.. Itu je nasihat akak kat kau..bkn pe sbb teringat plk dkt bby yg kena baling dari tingkat 4 tu.. Akak harap kau bukan spesis yg mcm tu tau.. Allah uji sbb Allah syg.. Ingat tu. 😘
Saya pun mcm sis jugak. Merata saya p klinik nak buka buku pink ni. Sis boleh buat pengesahan pregnant dulu dekat kk atau klinik swasta. Kalau p klinik swasta boleh minta scan terus. Nnti bawa pengesahan tu untuk buka buku pink dekat kk ibu & anak atau klinik desa yg terdekat dgn rumah sis. Bawa sekali salinan ic sis.
Saranan saya,terus buka buku pink di KK atau Klinik Desa. Tak scan dulu pun takpe, biasalah sekarang majority fasiliti KK atau Klinik Desa dah ada scan. Beritahu,bincang baik2 dgn nurse. InShaaAllah mereka akan bantu sis dari awal sehingga bersalin.
Rasanya sekarang semua kena daftar buku di kk je.. 14 minggu tu insyaAllah dah cukup sifat dik, better kalau boleh buka sekarang supaya boleh pantau keadaan kandungan awak.. Kalau dah scan dekat swasta nanti bawa je scan tu pegi kk cakap nak buka buku
Kalau swasta, pergi bawa ic je. Cakap nak confirmkan pregnancy. Dah cek sendiri kat rumah.
Hi, awk boleh join gp ni kalau nk. Dlm tu ramai yng tngh pregnant ank luar nikah, ade yng dh nikah & ade yng belum. Mana tau awk blh dpt sikit info dari gp tu. And semua friendly, x perlu malu🌸🌸 https://chat.whatsapp.com/I1jvlgQa5Op9ZVTudWs5Ej
terima kasih ❤️ kenapa ye link tu tak boleh tekan?
Rasanya klinik 1 malaysia dh x ambk kes mengandung, bukak buku di kk terus..jgn takut ya, nurse kk akn jaga sebaik mngkin klau special kes mcm awk...belum trlambat lg tu nk bukak buku
14 Minggu da cukup sifat., Pergilah scan dulu di klinik Swasta then buat buku pink di kk Dik..
Dah cukup sifat tu. Nnt scan, sis tengokla..Kaki dan tangan dia bgerak2 dengan aktif
Kena buka buku kt klinik desa atau klinik kesihatan dulu
Buat di kk pun boleh . Tak ada masalah..
Syakila