Berat baby turun semasa discaj NICU hospital
Lepas sehari discaj, kena warded semula sebab berat turun banyak sejak lahir hingga discaj hari ke-4. Ada sesiapa pernah alami. Ada cadangan untuk selesaikan?

anak saya lahir 16/3/24 berat 2.96, discharge hari ke5 20/3/24 sebab kuning, berat turun sikit 2.88. 5 hari kat rumah kuning naik balik, berat turun mendadak tinggal 2.7, 25/3/24 masuk NICU 2 hari duduk bawah lampu, masa discharge berat naik sikit jadi 2.75. silap saya fully breastfeed 5 hari di rumah tu tak perasan baby tak cukup susu, sepatutnya minum 2oz setiap 3 jam tapi maybe baby dapat separuh je sebab susu badan tak dpat nak measure dia minum berapa oz dan baby suka tidur masa menyusu saya ingat dia dah cukup kenyang. so lactation nurse suruh saya bagi susu badan 30-40 minit dan topup 2oz susu formula, setiap 3 jam. lepas 4 hari jumpa Dr semula berat naik jadi 2.85. so sekarang saya masih sulam formula untuk boost berat baby dengan cepat. nanti dah capai target saya akan breastfeed 30 minit untuk rangsangan susu badan dan topup lagi dengan breastmilk yg saya pump bagi dlm botol, untuk pastikan baby dapat susu yg cukup.
Baca lagi


