minum susu pregnant

hi. korang minum susu apa masa pregnant? yg bagus dan rendah gula dan minum berapa kali sehari? #bantujawab #firstmom

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy mmg peminum susu fullcream dr sekolah sampai now. pagi susu putih siang & malam 3 4 gelas +coklat. dulu single nescafe skrg coklat. masa pregnant, pagi minum susu kambing lain2 fullcream

VIP Member

sy minum susu kotak biasa tu je....minum tu xdpt nk agk sbb sy cmpur milo sikit...sbb xberapa blh telan plain je lps tu isi dlm botol...asal haus je togak susu tu😅

masa first pregnant saya ada gdm, nurse suruh minum susu HL warna merah sbb rendah gula. 2x sehari. biasa saya minum pagi & malam sebelum tidur.

JM saya cadang sekali sehari. malam atau pagi. JM juga cadangkan Susu Fresomum Gold. tak manis sgt. perisa vanilla.

Saya minum susu dutchlady low fat tu je. Misi ckp seeloknya minum 2 kali sehari. Tp saya minum time breakfast je

saya minum susu kambing kurma delima.. dari anak pertama lagi.. skrg tgh mengandung yg ke 4.

sy minum susu soya je pagi je nak minum kalau petang sy minum air putih je bunda semua

Minum susu Anmum Materna. Kalau tak boleh minum susu, boleh cari flavour chocolate ada

Full cream milk 🥛 saya dah tak boleh minum air kosong sgt 😫

Any plain full cream milk. Maximum 2x sehari.