Boleh share tips Berpantang

Klau tak keberatan, boleh tak share pengalaman berpantang bersalin di komen.. Just saja nk tahu mcm cara, sbb lain org lain cara penjagaan nye kan.. Untuk dpt kan bdn ideal balik.. Dan cepat kecutkan peranakan.. #pantangbersalinmommy#bantusharing #ingintahu

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

macam saya upah CL so kat situ kita belajar banyak dari segi pemakanan, penjagaan diri kita and penjagaan baby. lepas bersalin biasa baby akan kena kuning, so elakkan makan halia, kunyit, lada hitam dan rempah. kerap bagi susu setiap 1 jam so kuning lagi cepat turun. baby kuning memang kerap tido so kena kuatkan diri untuk kejut bagi baby susu setiap 1 jam. sapu losyen panas sebelum pakai stoking and bengkung. biasa nurse kk check peranakan dah kecut atau belum. lepas tu baru nurse akan bagitau dah boleh tungku ke belum dekat keliling perut. penjagaan luka kalau kena gunting: basuh dengan air suam atau air paip saja. tukar pad setiap kali kencing, cuci bersih2 tempat luka dan lap dengan kering2. lap tu dap dap je tau jangan sapu pulak. amalkan makan buah oren sebiji sehari. jaga cara duduk, berjalan. jangan cangkung. bila menyusu badan cepat lapar so makan je. kalau dah makan nasi boleh makan buah,roti atau biskut kering.banyakkan minum air masak. ikan, ayam boleh makan. boleh buat rebus, bakar, singgang. kalau nak masak yang bersantan boleh gantikan santan dengan susu. untuk banyakkan susu boleh makan sayur lobak putih dan broccoli. boleh minum air bancuh panas seperti milo, Horlicks tapi buat cair, kopi.

Baca lagi
1y ago

alhamdulillah...

jgn makan makanan panas mcm halia,lada putih,jamu sebab trigger bacaan kuning baby jika ada. yg lain sy tiada pantang. susukan baby dgn susu badan sbb membantu kecutkan peranakan. cut gula dan low carbs dlm diet,memang akan dpt berat badan ideal. kerap tukar pad,jgn tunggu pad penuh baru tukar. kalau ada luka jahitan,setiap kali kencing cebok guna air garam

Baca lagi
1y ago

Ouh yeke..ad betul jgk apa yg sis ckp tuu.. Nnti sy boleh ikut petua yg sis bgi...terima kasih sbb sporting share pantang routine sis..