Spotting, 6weeks

Hi khamis lepas saya spotting, darah warna coklat. Dr tak scan pape pun untuk check baby tapi cuma bagi Duphaston (sebab sehari sebelum spotting dah pegi check up) tak tahu la mungkin sebab tu ke dr tak scan. Saya punya nauseous and letih pun makin teruk dan selera makan terus decreased. Risau sangat. Makin menjadi jadi lepas ambik Dusphaston tu. Mommies ada tak pengalaman spotting ? Boleh share sikit ? Tertanya pulak baby okay ke tak ? Kenapa dr tak scan and so on. Alang alang tu boleh share sekali tak tips nak kurangkan letih badan dan nak tingkatkan selera makan ? #firstmom #pregnancy

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

check up sehari sebelum tu doktor dah scan ke? kalau dah scan mungkin lah sebab tu dia tak scan dah. spotting ada banyak sebab, ada yg bahaya ada yg tak. teruskan duphaston tu & banyakkan rehat. stay positif & banyakkan berdoa. jangan risau sangat nanti baby pun ikut stress. awal2 mmg akan penat & kurang selera. normal sebab baby bergantung sepenuhnya pada kita, placenta belum terbentuk sepenuhnya. nnt placenta dah terbentuk elok, badan akan rasa lebih elok. banyakkan minum air & vitamin tambah darah jangan skip. kurang darah buat lesu. dalam vitamin tu pun ada B complex, elok untuk tenaga. makan sikit2 tp kerap.

Baca lagi