6 Balas

Husband: net 6k (bayar loan rumah, kereta, utilities, barang dapur, medical card family, hibah, nafkah wife, personal needs, saving etc) Wife: net 3k (bayar loan kereta, pengasuh RM500 area bandar, netflix, unifi, insurance, personal needs, saving diri sendiri & baby) Barang baby wajib: (beli setiap 2 3 months sbb kerap guna) Pampers, perkakasan mandi & minyak2, baby detergent- husband beli around rm300 Barang baby dll: (Beli bila perlu as keperluan dia yg semakin membesar - 4 to 6 months sekali) Pakaian, mainan stimulation & teething, perkakasan makan etc - wife & husband beli gilir2 Anak fully bf so selama setahun lebih takda spend duit for fm. But cost peralatan pump susu yg wife bayar (beli time 36weeks pregnant): -wearable breastpump rm300 & spare breastpump preloved item rm100 -3 cooler bags for rumah pengasuh, bawa office & spare rm200 (free icepax/ice gel) -6 botol susu 4oz (tukar setiap 6months), storage milk, nursing butter, nursing bra rm150 -sterilizer 100 -milk warmer tak beli sbb train anak minum susu sejuk -breastpump berfungsi dgn sangat elok so only service motor pump time dah wean off sebelum packing utk kegunaan next baby Perkakasan baby yg beli sekali & guna for long term/diturunkan kpd adik2 baby - husband beli: -buai elektrik rm300 (tak beli ada yg bagi) -baby coat rm100 -carseat 300 (beli 2 for both kereta husband & wife tp wife dpt claim subsidi MYCRS dulu) -food processor rm100 -stroller rm500 -ampaian baju baby, tub & stand net rm50 In the end, depends on our financial situations. If direzekikan lebih, boleh beli more. If nk save budget, boleh cut apa yg patut cos apa yg i mentioned above tak semuanya ‘needs’, some of them are ‘wants’ 😊 Another ‘wants’ for keselesaan purposes: -bersalin swasta 5k including monthly check ups (husband bayar cos husband kata if mampu wajib ikhtiar bersalin dgn gynae perempuan since gov gynae random pick) -hire cl 30days 5k (wife bayar) -baby monthly check ups swasta until 2yrs (vaccination & paed consultation) not more than rm500/month (husband bayar)

Alhamdulillah, terima kasih share! Sangat membantu! Cuma nak clarify, kiranya net 6k untuk suami dan net 3k untuk isteri tu adalah gaji?

Untuk persediaan kewangan sebelum memiliki anak, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. 1. Gaji Gabungan: Sementara jumlah gaji yang sesuai untuk masing-masing keluarga berbeza bergantung pada komitmen kewangan dan keperluan asas, gaji gabungan sebanyak RM6,000 merupakan langkah awal yang baik untuk memulakan perancangan keluarga. Namun, amat penting untuk membuat kajian dan membuat perbelanjaan dengan berhemah. 2. Kos untuk Bayi: Kos untuk bayi seperti susu formula, pakaian, lampin, makanan bayi, peralatan baby dan lain-lain boleh mencecah beberapa ratus hingga beberapa ribu ringgit sebulan bergantung kepada keperluan bayi dan pilihan produk yang dibeli. 3. Belanjawan: Membentuk belanjawan adalah kunci untuk menguruskan kewangan keluarga dengan berkesan. Menentukan perbelanjaan bulanan yang munasabah, termasuk untuk bayi, boleh membantu anda merancang dengan lebih baik bagi masa hadapan. 4. Cari Sumber Kewangan Tambahan: Selain daripada gaji utama, mungkin anda ingin mempertimbangkan untuk mencari sumber pendapatan tambahan untuk menyokong keluarga dan anak-anak. Saranan terbaik adalah untuk membuat kajian teliti tentang kos berkaitan bayi, menilai keperluan kewangan dan mewujudkan perancangan bajet secara teliti sebelum memutuskan untuk memiliki anak. Semoga perkongsian ini membantu anda dan suami bersedia untuk langkah seterusnya dalam menimang cahaya mata. Tahniah dan teruskan memberikan yang terbaik untuk masa depan keluarga anda! https://invl.io/cll7hzz

Ikut komitmen family... Saya surirumah, suami gaji 4k± alhamdulillah cukup jeh.. Selalu makan kat rumah jeh lepas bersalin sebab takleh bawa baby keluar 😅 baby asyik meragam. Pampers saya beli genki kat shopee beli sekotak ada la dlm 144 pcs.. Bajet dalam rm130± kadang2 ada promo untuk sebulan . Baby fully breastfeed jadi saya jela yg banyak makan🤣🤣🤣time pregnant plak fully makan luar sebab alahan 😅 brg baby beli sikit2 dri awal pregnant. Alhamdulillah cukup semuanya. Tapi baby saya bru 3 bulan. Nanti bertambah tapi InsyaAllah rezeki setiap orang Allah dah tetapkan. 👍

Alhamdulillahh, terima kasih sharingg pengalaman ni 🤍 Sangat bermakna dan membantu. Jika tak ke eratan, boleh saya tau ada buat simpanan untuk mengandung dan bersalin sebelum bersetuju nak ada anak?

For me the budgeting is depends on your family's financial planning. Susah nak letak berapa amount yang eligible. Plus lifestyle, ways of spending, expenses, commitment etc semua orang tak sama. Kalau awak tanya saya, with 6k combined gaji cukup untuk saya, suami dan anak seorang duduk kat KL. Saya dapat bersalin swasta, anak checkup swasta, and expenses untuk anak saya something around 1k++ per month. Ni minimum amount. Kami tak bergantung pada gaji semata. Suami saya ada investment portfolio as side income. So yeah depending on couple's financial planning and management.

Alrighty, noted! Thank you so much for your insights! 🤍

depends on komitmen bln2 + saving jgak.. mcm sye sblum kwen memg keje, kwen dlm 2 thn lebih bru dpt baby.. tp mse preggy sye bhenti.. tp alhamdulillah, saving sye ckup utk tampung blanje bulanan tu & dpt bsalin swasta jgak.. For me, ble ade anak memg pbelanjaan mkin btambah tp kte la kne pndai ssuaikn dgn keadaan kewangan kte.. ade bnde kte cut kos, ade bnde kte boros (brg2 baby,sakit demam baby).. ade jgak bulan2 x sempat saving tp ble ade duit lebih, kte cover blek.. sye dlu klu combined gaji dlm 5k..tp ble bhenti hsband sorg je dlm 3k..

Alhamdulillah, terima kasih sis share pengalaman! Sangat membantu dan bermakna 🤍

terpulang pd lifestyle family tu mcm mana. untk sye yg housewife :- pampers untk both anak sbulan dalm rm 200-300. sye guna brand drypers wee wee dry. susu untk anak sulung - rm100-150 ubat2 (sekiranya anak sakit tp mostly akan ke kk je) - dlm rm100-150 other expenses : dlm rm100-200 ( bwk anak jalan2/beli toys) tp bukan slalu la. si adk stakat ni masih full breastfeeding.

Baik terima kasih sebab share! Sangat membantu 💛

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan