13 Balas
Depends pada ibu nak start sleep train ni bila, seawal 4m boleh sleep train dah. Saya sleep train masa ank 2 tahun, sebab saya tak ada isu ank nak mengempeng, saya okay je, kalau agak2 tabiat mengempeng tu menganggu rutin harian elok la buat sleep train. Masa 2 tahun sleep train sekali cerai susu. Lagi mudah, tantrum tu biasa sebab awal2 nak hilangkan tabiat mengempeng. Ank tak biasa. 1 tahun 8bulan tu dah cakap, adik 2 tahun dah tak boleh susu tauuu. Hari2 cakap kat dia, mlm nak susu bg siap2 air masak atau susu full cream. Berjayaa. Ikut sis nk mulakan bila. Sesuai dgn keadaan sis.
Orang kata letak anak di cot masa anak masih berjaga tu maksudnya , anak separate lena, kita pun letak dlm cot. Insya Allah dia tidur sendiri. Saya pun buat begini. Tengok keadaan, kadang dia nak juga dlm pelukan ibu, saya tunggu 40 minit atau lebih untuk dia betul-betul lena. Tapi bila dia dlm fasa growth spurt, ragam rutin dia tidur lain. Kita boleh burnt out jika tanpa bantuan orang lain untuk auruskan anak. Ada kala nak bangun daripada co-sleep dgn anak pun susah. Dia nak bau kita dan kehangatan kita je. Itu lah anak yg ada seperation anxiety. Ni pengalaman saya.
Kalau dah boleh tidur sendiri, dalam baby cot pulak tu, okay sangat tu puan. 😅 Saya awal2 cuba buat sleep training susah juga, anak kuat mengempeng. Sampai lah umur 1y+, baru berjaya. Sebab backpain saya sangat teruk, saya takboleh nak teruskan mengempeng plus taknak anak terbiasa. Anak saya bukan lah jenis bangun banyak kali setiap malam nak mengempeng, cuma nak ambik mood nak tidur tu lama. Mula2 nangis tantrum memang ada la sebab dia takdapat apa yang dia nak. Bila praktiskan selalu, dia boleh adapt dah.
Brp lama ye sis sleep training bru mnjdi ni? Sbb sy pun dh burnout sgt. Baby dh 6mo
Pengalaman saya, anak tak mahir untuk self-soothing. Result nya saya burnt out, mental broke down, stress, penat, sakit pinggang/badan sebab anak mengempeng, suami tak boleh nak tidur kan anak tanpa saya. Rasa macam okay, lesson learnt. For next baby InshaAllah dah tahu nak buat apa😊 Alhamdulillah saya bersyukur dengan pengalaman yang saya belajar daripada first born saya. Anak nak masuk 2 tahun baru saya dan suami sleep train anak. New parents and baby sama-sama belajar and adapting. 😁
Maksudnya anak puan kalau tak dapat ngempeng dia ngamuk2... pastu puan teruskan ngempeng sampai dia 2 tahun baru tidur sendiri ? Lepas dah wean off lah ya ? Anak dgn puan tidur srkali lah yaa ?
kalau Jenis mmg xmngempeng Dan tidur senang dlm bby cot,Kira ok dah Tu.. truskan je rutin mcm biasa.. ank sy smpai skrg umur 2 tahun 2 bulan lebih msih tidur dgn sy.. Belum wean off lgi.. so mlm mmg msih nyusu .. mmg kacau bilau sikit Sbb waktu tidur xtetap,tp bila Dah timming tidur pnjang Tu mmg 10,11 jam. trjaga pun nak nen pastu tidur bilik.. mmg sakit bdn pinggang smua..tp sy ok je 🤣🤣 dah trbiasa.. tunggu dia 3 tahun bru btul2 sy ajar..
Saya tak sleep train anak so anak saya tak reti tidur sendiri or self soothing. Lepas wean off baru reti. Kalau tak selagi tu la dia perlukan nen baru boleh tidur. Maybe ikut budak jugak tp anak saya camni. Awal2 saya guna cot jugak tp mental bila dgr dia nangis so saya sumbat nen bila nk tidur & cosleep sampai besar budaknya 🤯
Lepas wean off dah 2 tahun lahh baru pandai tidur sendiri ya?
Hi mom,boleh banyak membaca pasal kebaikan sleep training. Salah satunya anak dapat kualiti tidur yang baik yang mana penting untuk tumbesaran anak. Tapi kalau mom tak ready untuk sleep training,mom akan rasa macam ni. Jadi mom kena ready dan kuat dulu baru boleh buat ya❤️❤️
Macam ank sy dari dia lahir hingga la skrg 5bulan dia mmng tdr dlm cot. Lepas menyusu, trus tdr d tngan takpayah dodoi then letak dia kat bby cot je. Kalau anak puan mcm anak sy, mksdnya tak perlu kot sleep training😁 Sbb kita dah train anak tnpa kita sedar. 🥰
https://www.instagram.com/reel/C_26ByXhtb4/?igsh=MTBmdnVwZXVybHo1bA== kalau berani cuba la😆 maksud berani sy tu sanggup hadapi risiko yg dh elok skrg ni tu jd tk elok or blh jd lg senang.. bkn nk takutkan, just bgtau realiti je
Ank sy start dr umur 3bln dh start tido sendiri tp kne ikot time dia sbb tu rutin dia..smpai skrg nk msuk 2thn dh sng sgt dia tido.oh ye ank sy ikut rutin sbb sy hantar dia ke taska..jadi,mkn mandi tido semua ikut time
Anonymous