Pengalaman IUCD

Jom kongsikan pengalaman IUCD yang ada. Kenapa pilih pakai IUCD dan dah berapa lama. Dan apa apa pengalaman yang berkaitan lah. Saya pakai IUCD lebih kurang 5 bulan dah. Pilih pakai sebab doktor pakar sakit puan nasihatkan sebaiknya pakai alat perancang ni sebab yang lain tak digalakkan kerana mungkin boleh ganggu hormon dan penyakit kencing manis saya. Kali terakhir cek benang 3 hari lepas. Tak jumpa benang kau 😅 Nak cek sendiri memang tak boleh sebab benang terlalu pendek. 3 bulan lepas ada, kelmarin takda. Dah scan, masih on location. Tapi doktor kkia suruh rujuk pakar sakit puan balik. Ujian sungguh. Rasanya andai kena keluarkan kemudian masuk balik, macam tak nak dah je. Allah. Mohon doakan saya ye. #firstbaby #ingintahu #1stimemom

undefined profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!