Berapa susu yang mencukupi untuk bayi anda? Ini saya buatkan kiraan sebagai rough guideline.

Jika anak anda masih lagi menangis selepas anda baru sahaja memberinya susu yang mencukupi, jangan terlalu cepat untuk terus memberikan susu lagi dan lagi. Ceklah dulu, mungkin dia berasa kembung atau ingin "burp". Mungkin dia tak selesa kerana lampinnya basah. Mungkin dia ngantuk dan ingin tidur. Mungkin dia tak selesa kerana terlalu sejuk atau terlalu panas. Dan banyak lagi kemungkinan lain. Jika anda terus memberikan susu berlebihan kepada bayi anda, dia mungkin berisiko untuk mendapat child obesity nanti! Hari ini saya jumpa seorang bayi 3 bulan yang direfer kepada saya kerana head circumference (ukur lilit kepalanya) terlebih dari biasa. Dalam kepala saya mula membayangkan hydrocephalus. Bila bayi tu dibawa masuk ke bilik saya, rupa-rupanya bukan kepala je besar, tapi seluruh badannya besar. Bermakna head circumferencenya mmg proportionate dengan badannya. Baru 3 bulan tapi beratnya dah 8kg! Beberapa hari lepas ada juga seorang bayi 4 bulan yang beratnya hampir 10kg! Aduh, Malaysia sekarang dah jadi mcm developed country agaknya, insiden child obesity makin bertambah! Terutama bagi yang berikan anak susu formula, hati-hati! Semua bayi di atas diberikan susu formula dan bukan susu badan tau! Ya, jangan ingat orang dewasa saja berisiko untuk terlebih berat badan!

Berapa susu yang mencukupi untuk bayi anda? Ini saya buatkan kiraan sebagai rough guideline.
undefined profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!