17 Balas

Pantang ni untuk jaga dalaman badan semula selepas gugur. Jadi, kalau sis rasa nk jaga badan, maka, berpantang lah tapi takde lah beria sangat. Setakat makan healthy, tak minum air manis, macam tu je. Dah confirm semua darah dah turun, tak perlu D&C, nanti bila2 pergi lah urut. Untuk keselasaan badan je (and kalau ada duit lebih) Sebab body nak kena sembuh leklok untuk ready next pregnancy pula. Itu je :) Ada yang ambil masa beberapa bulan utk next pregnancy, ada yg terus terlekat, semua rezeki Allah :)

Terima kasih atas perkongsian ilmu Puan 🥰 Saya akan ikut nasihat Puan

mcm sy,utk gugur berpantang 14hri.. nenek sy pesan, klu pntng gugur, rumit sikit..mkan xboleh yg panas sngt or yg sejuk sngt ..kena sedang2 jer.. sy prnh mnum air sejuk mse berpntng gugur, sakit dia 😣😣😣, serik dh sy.. kne berurut dan tungku jgk..tp atas org lh..mcm sy mmg ikut pntng mak2 dulu2 .jgn yg kecam sdh lh,atas kite lh nak pntng mcm mana..huhuhuhu

Sy dulu anak 1st gugur 7w berpantang jg sbb mak suruh pantang tp 2minggu jer.. jg mkn n mkn jamu tu jer seingat sy lps 2w tu back to rutin kerja mcm biasa.. berpantang tu utk sihatkn badan dan dalaman sbb tu berpantang kalau x nti sakit badan tu pesan mak la..

Saya pantang masa anak kedua gugur. Anak prtama gugur tak pantang. Sakit dia Tuhan je tahu. Lenguh2 badan. Pantang anak kedua tu sy tungku dan urut 3 hari. Selebihnya jaga makan dan kurangkan ais. Alhamdulillah dikurniakan anak ke tiga. Sekarang dah Week 10

Haah. Dapat bertungku sekali dua pastu urut pastu makan jamu bg kuatkan badan. InsyaAllah. Tak makan jamu tapi awak jaga makan pn dah okay. Take care awakkk

saya dlu pernah gugur trimester 1. sya berpantang mcm org lepas bersalin. biar jla org ckp kita beria ka, xperlu pantang ka. Tapi sya still buat jugak sebb nk sihatkan balik dlaman dn bersedia untuk next pregnancy . lgipon xrugi pon untuk diri kita jugak sis

Tu la, ramai orang sekeliling cakap tak perlu pantang sebab keluar clean. Tapi saya tetap akan berpantang. Terima kasih atas perkongsian ilmu Puan 🥰

Must pantang ye sis. Berapa weeks pun tak kisah. Badan kita ni gugur tak gugur pun mcm org dh bersalin. So must pantang if gugur 1st trimester mayb 14weeks pantang is fine. I las time gugur 2nd trimester full pantang 30hari. 🙏🙏

sy gugur pertama 7w, bepantang 1minggu je..x jaga sgt... 4 bulan lepastu mgandung. gugur lagi 8w..bpantang betul2 2mggu tu. pastu x sempat period, dh lekat semula..

Saya gugur 8w. Doktor kata tak perlu pantang pun. Tp saya berpantang je mcm jaga makan, tak minum ais, pakai stokin. Dlm 2 minggu saya berpantang semua tu

Betul Puan, saya pun Doctor cakap tak perlu pantang, sebab keluar clean. Saya tetap akan berpantang. Terima kasih atas perkongsian ilmu Puan 🥰

TapFluencer

urut & tungku tu anak dara pun kadang digalakkan buat. kalau rasa badan tak sedap, sakit2 ke, buat lah. pantang tu just make sure makan healthy, okay dah.

Baik Puan, saya akan berpantang seperti yang lain walaupun Doctor cakap tak perlu pantang. Terima kasih atas perkongsian ilmu Puan 🥰

better sis pergi berurut, betulkan rahim. ini apa yg bidan tu bgtahu la... kalau gugur lagi kena urut dan jaga, risau peranakan lari/turun.

Soalan popular

Artikel Berkaitan