17 Balas

Saya amik iberet dgn air pati delima tanpa gula. Makan 30 minit sebelum atau selepas makan.. Lebih baik kalau makan sebelum makan, lepas tu nak mula makan, cuba amik buah yg tinggi vit c dahulu baru makan makanan lain. Mcm saya, saya suka amik kiwi, lepas tu baru lah makan nasi ke ape mcm biasa. Kalau boleh dlm 6 jam pertama selepas makan ubat tu elakkan amik minuman berkafein. Buat ikan bilis goreng atau kekacang sebagai snack utama, dgn minum susu kurma FarmFresh. Tu antara yg membantu naikkan hb utk saya.. ni mmg combo yg beberapa nurse & doktor yg saya pernah jumpa share. Saya gabung dan cuba masukkan dlm plan permakanan saya. Masa akhir trimester 2 ke awal trimester 3, saya amik 2x iberet sebab hb bawah 10.5 dan makin turun tiap kali check-up walaupun dah amik iberet. Siap diorang suspect saya skip/muntahkan ubat 😅sebab tak de perubahan masa tu walaupun 2x sehari. Padahal, gigih sistur makan ikut time saban hari 🥺. Yg 2x sehari ni saya amik atas nasihat doktor dgn nurse ye.. jgn ubah sendiri atau ambil 2x sehari kalau doktor/nurse awak suruh makan sekali sehari. Sekarang amik 1x sehari dan dah maintain 11 ke atas, hb ni dia nak naik amik masa. Jadi sabar dan konsisten dgn cara & amalan permakanan yg awak tgh cuba tu, bagi masa dlm 2-3 minggu utk lihat hasil. Kena tahanlah sikit kalau nurse marah ye.. yg penting kita mmg tgh usaha nak bagi hb ni naik.. 😊 Harap bermanfaat & membantu, in sya Allah🌷

Saya amik jenama Fars, ikut kesesuaian, kalau tak sesuai, boleh tukar & cuba jenama lain, sis 😄

kalau sya dulu problem mcm ni lah hb tak naik²,paling tnggi 10.6😅..dri awal kehamilan smpai 34week,lagipun sya ni pmbawa thala jenis beta..so kata misi ni normal,tpi kdg hb pandai drop juga smpai 9.2,masa tu sya kena refer jumpa pakar pemakanan,cuba juga apa yg d nasihatkan,sya amal btul²,tpi smua tu tak menjdi,then kata pakar tu lagi,hb awak sbenarnya boleh mencapai 11/12 keatas walaupun awak pmbawa thala,makin bingung lah jadinya,pikir hari² smpai stress juga nak naikkan hb..So 1haritu masa usia kandungan 35week,sya on fb nmpak lah 1iklan ni,iklan tu pasal Jus Mamariam time tu ada offer akhir tahun,sya try beli 1..try minum blum hbis sebotol tu,dah ada kesan positif ..Alhamdulillah,asbab minum jus tu Allah izinkn sya utk naikkan hb sya..cara nak amalkan jus tu pun kena tunjuk juga oleh hq..cara sya plak klw makan ubat tmbah darah,mkn ubat tmbah darah tu jam5 pagi lpas solat subuh,pastu jam7 pagi nnti baru minum jus vit c/jus Mamariam,baru sekali srapan...hah,kandungan dlm jus tu,yg utama ada buah delima,buah kurma dan roselle..sya cdgkan klw sis kurang bajet nak beli jus tu,belilah buah kat pasar or supermaket buah² yg sya sbut tu,inshaAllah dpt bntu sis nnti,pastu pantang dulu mkanan&minuman yg bleh drobkan hb kita ye,dlm buku pink tu ada bnyak cntoh² makanan dan minuman yg tdk bleh d amalkan bersama dgn ubat kk...Semoga apa yg sya share dpt bantu sis utk naikkan hb🥰👍🏼

Mcm saya, first trimester nurse bg obimin. Second dgn third nurse bg zincofer. Anemia in pregnancy sbb hb start turun dr 11.7 ke 11.3 ke 10.78. Lepas tu kena makan 2 biji sehari zincofer, naik takat 10.87. Doktor kt klinik terus bincang dgn doktor hospital, terus kena iv drip cosmofer (masa 29 minggu), zincofer tetap teruskan 2 biji sehari. Selepas 2 minggu, check bacaan hb, naik 11.14 je. Dah jumpa doktor dan scan masa 32 minggu isnin lepas, doktor kata naik sikit hb tp okay dan kena teruskan makan zincofer 2 biji sehari. Alhamdulillah doktor kata baby semua okay.

TapFluencer

Saya.. esok check up n dpt result details blood test drpd hospital. Harapnya baik shj tanpa mudarat. 🤲🌻Dan dietitian pun nk follow up consultation lps tau result details blood test tu. Check up sblm ni doc analis penyerapan zat besi normal, bacaan hb drop. Masih kategori mild anemia.

just nak update. Syukur hb naik masa cek up td ke 9.9 dan masih dlm pantauan sbb belum sampai 11.5. Dietitian pun nasihatkan teruskan cara pemakanan yg buatkan reading hb naik. Meh saya kongsikan apa yg pegawai sains pemakanan sampaikan td seperti dlm gambar:

sy masa buka buku pink Hb 13.7..kk bg obimin lpstu jatuh 12...last month turun lagi 11.5...doc bising2 ckp nx month kalau turun lagi dia nk tukar iberet pulak..naseb baik smlm checkup ok balik Hb 12.2 ☺️

try mkn ubat pd waktu yg consistent..contoh tiap pagi pkul 7..lau cm timing lari2 sikit tuu xpelaa tp jgn plk smlm kol7 harini kol11..tuu jauh sgt lari..bnda tuu sbenanya main peranan jgk..

haah kena sama timing..stakat ni sy mkn timing sama cantik je hb..11 nk dkt 12 tiap kali check up

Sy mkn obimin. Alhamdulillah serasi.HB pun ok shja.. 12 keatas.. Mula2 mual truk.. Mmg pening. Bykkn bed rest jika pning2. Sy amalkn mkn ikan bilis, kekacang, kurma dan kismis.. Syur hijau2.

Ikut saranan doc awk. Sbb sy mmg xbole mkn zincofer. Obimin plus tablet bkn cecair.

Saya mmg hb low juga hritu. Doc suggest saya mkn obimin 2 kali sehari 1 iberet. Alhamdulillah mmg naik balik hb saya. Dr 9.9 jdi 11.2

Kiranya sis makan 3 biji la ye dalam sehari tu? Saya plak kne makan 2 biji iberet sbb doktor kata zat besi dlm badan saya dapat sikit je kalau makan sebijik. Tu yg kne 2 bijik tu.

Cuba makan ubat yang dapat dari kk or hospital sebelum tido. Saya amalkan macam tu hb saya maintain dari previous check up

Sblm g checkup sy mkn jambu batu..blh naik hb..lg 1 sy mmg elakkan minum air yg byk kafien

Soalan popular

Artikel Berkaitan