Ibu berdarah O+ nak elakkan anak demam kuning

Hi ibu.. sy baru nak masuk 27w.. sy 1st mom.. ikut pengalaman kakak sy, lps anak kakak lahir, mmg kuning tinggi..dkt sbln lebih bru ok.. ramai yg suggest sy mnum susu kambing bila nak masuk 3rd tri supaya anak lahir nnti,kuning x tinggi.. siapa ada pengalaman mnum susu kambing awal2 dan anak dia x tinggi sngt demam kuning bila dh beranak nnti bg ibu berdarah 0+..berkesan x dan mnum jenama apa.. #SeriusTanya #firstmom #bantujawab #ingintahu

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy amalkan Susu dgn kurma, kurma tu blend then campur dlm Susu full cream sejuk godak, sedap sgt. amalkan tiap pg ke mlm. Alhamdulillah Anak 2nd xkene jaundice lama and rendah je dlm sminggu dah hilang

sy darah 0 ank pun 0 masa mngndung mkn mcm2 mnum susu kambing mamariam calla milk tetap je ada jaundis memg tak boleh buat apa pun cuma nnti bgi je susu formula dgn susu badan bgi dia kerap berak .

Sy pun darah O+. Sy amalkan minum air kelapa muda setiap pagi sebelum sarapan. Mlm mkn anggur hitam. Amalkan mkn anggur & ribena sekiranya sis menyusukan badan. Hrp berkesan la utk sis.

saya ibu darah 0+, ank sulong sy lahir 41week, xde kuning, ank ke2 sy lahir 38week, ad kuning sikit je, alhamdulillah, sy amalkn mnum air kelapa muda masa trimester 2 smpai branak

Dulu ada amalkan calla milk, tpi ibu darah O+ mmg anak akan kuning, so nnti bgi je baby susu badan atau formula untuk cepatkan turun kuning, anak saya 8 hari da bebas kuning

5mo ago

ibu darah O+ memang ada risiko anak kena jaundis, lebih2 lagi kalau anak tu berlainan darah dengan ibu. Lama atau tidak itu semua bergantung. Kalau nak kata organ dalaman tak matang, anak sulung saya keluar overdue 41w, darah B+, berlainan dengan saya O+ dan dia kena prolonged jaundice 28days, as long mummy keep breastfeeding, should be no problem. Jaundice ni common je, tapi jangan buat benda bukan-bukan ikut petua orang dulu cth jemur baby kat matahari pagi dan bagi baby consume makanan selain susu ibu. Ibu kena sentiasa ambil pemakanan yang seimbang ye.

saya minum susu kambing hari2, kurma hari2 lagi2 3rd trimester dlm bulan ramadhan, saya & anak both darah a+, dan anak prolonged jaundice sebulan baru discharged 😊

Baca lagi

sy pon berdarah O+ jugak tak amalkan apa apa pon mase anak first..tiga hari je kuning....tapi tak tahu lah nanti ank kedua ni macam mana....harap yang baik baik je...

sy dan suami golongan darah O tp anak sy lahir kuning x tgi sgt pun. 2x check up dh xde. sy amalkan minum air kelapa start 34w sampai la beranak. sy minum hari².

klau pengalaman sy la..masa ank no5 sy ambik susu kmbg..bb dlm seminggu je kuning..Amal dari awal.Ank no 6 n 7 pun amal..tp kuning sampai sebulan lbh

Saya minum susu kambing masa pregnant. Alhamdulillah anak takde kuning. Tapi anak besar sangat. Doctor cakap maybe sbb susu kambing banyak lemak. Hahah