Sakit kepala merupakan salah satu kesan sampingan yang boleh berlaku selepas pengambilan vitamin atau suplemen. Bagi sesetengah individu, tubuh mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan bahan-bahan yang terdapat dalam Obimin. Walau bagaimanapun, jika kesakitan berterusan atau jika anda mengalami sebarang gejala lain yang mengganggu, disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang lebih tepat. Adalah penting untuk membincangkan sebarang ketidakselesaan yang anda alami dengan pakar kesihatan anda. https://invl.io/cll7hzz
Ya awak, berkemungkinan kesan sampingan. Ada ubat yang lebih kurang sama. Cth: Zincofer, Iberet, Maltofer. Selalu saya dengar zincofer jelah ramai yang tak sesuai. Tapi saya okay, boleh makan. Pastu KK saya ada Zincofer & Iberet je. Kalau dua dua ni tak sesuai, kena beli sendiri di luar. Tanya nurse awak semula ya nanti.
saya mkn new obimin ni sebab vitamin kk bg buat saya muntah2. setakat ni mkn obimin xda masalah untuk saya, hb saya pon cantik setiap bulan. tp badan setiap org tu berbeza jd better awak consult dgn doktor..
tak pernah pula rasa sakit kepala lepas telan Obimin. Sy jadi pening muntah bila telan zincofer je. sis boleh tanya nurse yg attend sis
cuba try makan utk beberapa hari .. kalau masih x serasi boleh makan iberet
boleh jadi.
Anonymous