Share lauk makanan pantang dan pemanis pantang ?
Hi ibu ibuπ«Άπ» boleh tak share lauk pantang dan pemanis pantang ? Nak buat list ni . Mintak share ye π₯° maklum lah first baby . Mintak share list list lauk pantang nak belajar π€ Semoga murah rezekiπ«Άπ» #firstmom #ingintahu #pleasehelp
Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang Semasa Bersalin :- Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Ikan tongkol - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam , angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Telur - gatal Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah Santan - sejuk dan angin . Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:- β Ikan haruan β Ikan selar β Ikan gelama β Ikan merah β Daging β Sayur sawi β Sayur carrot β Sayur brokoli β Buah oren manis β Kismis β Kurma β Madu β Habbatussauda' β Susu kambing β Halia β Bawang putih β Lada hitam β Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng , contoh ayam goreng , ikan goreng . . Jenis Masakan Paling Disyorkan ; β Sup β Bakar β Rebus . Jenis Minuman Disyorkan ; β Jus oren manis - bagus untuk luka β Air milo panas β Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin β Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu β Air rebusan kunyit . Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun . . β Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana . β Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber . β Kerapkan minum air , minum air tidak menyebabkan miss v basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air , anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas . "Selamat Berpantang"
Baca lagi