10 Balas
Sis, sy nak cerita berdasarkan pengalaman saya. masa anak newborn dulu, awal² lagi saya mmg bagi formula sbb zero knowledge pasal ilmu penyusuan. sy bg susu formula sbb sy tgk susu sy sikit sangat setitis titis, dah seminggu baru lah banyak sikit tu pun tak la banyak, sekali pam 2 oz. tp bila saya pegi checkup anak misi kt kk, misi yg dtg rumah, bidan yg urut semua cakap susu saya banyak bila tgk breast saya. saya pun pelik banyak macam mana, kalau tak, takdela baby saya menangis asik tak cukup, lepas susukan menangis2 bila bagi formula baru boleh diam. Saya asik topup formula sampai lah baby reject nak menyusu waktu umo 3 bulan dan saya terpaksa pam. Bila pam saya tak mampu corporate dengan jadual pumping , at last demand takda dan supply drop. dan akhirnya baby saya full formula waktu usia dia 7months.. . Dan itu lah penyesalan saya sehingga ke harini kerana saya tak belajar ilmu penyusuan. Lepas kejadian semua ni baru lah saya faham kenapa jadi begitu . Saya cuba terangkan seringkas mungkin. Pertama, new-born kalau dh topup formula dari hari pertama, contoh bagi 3oz setiap sesi, sebenarnya kita dah create demand dia 3oz per sesi sedangkan new-born cuma perlu kurg dr 1oz setiap sesi. Kedua, Usia baby sebulan hanya perlukan lebih kurg 24oz untuk sehari. Dan sesi menyusu 2 jam sekali. Kalau setiap penyusuan 2oz maka 12 kali penyusuan sangat2 cukup, Dan make sure baby ada poo kaler mustard Dan pampers basah 6 kali sehari. Dan kalau dia menangis lagi maksudnya bukan tak cukup susu tapi baby cuma nak comfort. Ketiga, nanti bila baby dah terbiasa botol , dia akan pilih botol sbb botol ni konsisten flow dia. Jadi lebih senang utk baby. Maka nanti disitulah dia akan mula reject bf dan ibu akan terpaksa jadi epmom, kalau mampu Cope dengan jadual pam tkade masalah yg jadi masalah kalau tk mampu. Last2 susu boleh drop terus.
Yang keluar banyak banyak tu oversupply sis. Tak normal. Yang normal adalah 2-3 oz. Bukan banyak banyak yang macam sis nampak tu. Yang tu tak normal. Why not sis masuk kelas penyusuan. Instagram @nyusoo.official banyak buat video pasal penyusuan ni. Dia banyak perbetulkan mindset tentang supply susu. Dalam bf ni, saya pegang satu princip je. Do what makes ME happy. When I'm happy, hormone Oxytocin akan keluar banyak and boleh boost up susu. Tak perlu booster pun susu boleh banyak. Just need to be happy and jangan stress stress. Tak perlu cemburu tengok orang yang pam keluar dapat banyak. Tu diaorang yang tak normal sis 😂 normal yield is 2-3oz. Selagi ada concept Demand = Supply, selagi tu susu cukup untuk anak. Body kita akan keluarkan susu ikut mana yang anak kita demand. So no worries sis. You're doing just fine. Teruskan df anak, teruskan jaga jadual pam(kalau berkerja) boleh selit power pumping sebulan 2x untuk maintain yield. Kalau pengepam, make sure size nipple betul dengan corong. Size tak ngam, pengeluaran susu tak cantik. Tu kadang dapat sikit. Tak keluar habis. Kalau taktahu ukur boleh pergi kedai yang buat service ukur nipple. Kadang kita pam 2/3 jam sekali dapat 1-2oz je. Takpe sis. Itu susu yang pekat. Kaya dengan lemak yanh anak perlukan. Kalau kita tunggu sampai bengkak baru pam memang dapat banyak, tapi susu cair. Foremilk lagi tinggi dari hindmilk. Anak perlukan hindmilk untuk naikkan berat badan and for immunity. Goodluck sis! ♥️ sending you a big virtual hugssssss ♥️
Df mommies ni memang penat sis. Tak dinafikan. But you need to know that you are actually doing just fine. Maybe ilmu tak cukup tapi ilmu boleh keep on belajar and next time sis pun boleh educate orang. Goodluck sis! Semoga anak sia membesar dengan sihat dah sentiasa dibawah lindunganNya ♥️ virtual hugs for you! Selamat berpuasa!
Umur anak berapa? Saya flat/inverted nipple yg berjaya bf sampai anak 2 tahun. Mmg kena banyak bersabar & keep on trying esp for the first 3months. Nipple crack tu biasa. The struggle nk latch Tuhan je tau even dah 3x g jumpa LC kt hosp swasta. 1 session tu sampai LC masuk bilik paed tgk sama2 saya bf anak time check up. Even bila berjaya df pun mesti ada banyak kali mulut anak tergelincir unlatch pastu dia ngamuk 😅 Dlm pantang saya topup fm sbb nk jaga mental & avoid oversupply. Hari2 mandi timbulkan nipple. Guna nipple shield pun x berjaya. After 2 months baru nipple timbul sikit sbb anak dah hari2 sedut (even tergelincir). Somehow after 3 months dah tak rasa sakit dah bila df & anak pun smooth je isap. Kalau sis mmg epmom & supply drop, boleh try buat power pumping (tak digalakkan below 6m actually tp since sis epmom boleh lah ikhtiar. Cuma kalau saya anak belum 3m, saya ikhtiar df dulu. Jadi epmom ni mental kena kuat
saya dah cuba direct sampai menangis baby tak dpt susu 😅 sampai saya juga ikut menangis sama 🤣 jadi pilih bagi botol je. saya campur fm dngn badan. taknak stress masa pantang, insyaAllah habis pantang cuba lagi untuk df baby 💪🏻
pam utk yg tak direct feeding blh la dapat banyak 3 4 oz. kalau dh direct feed pastu pam plk dapat 1oz kira banyak dah tu. if nak pam tanpa direct feed, tiap 2jam wajib pam, siang dan malam 2jam gap. puan topup formula pastu mcm mana puan buat? sambil anak minum fm puan pam? ke tak pam? sbb selagi puan topup fm dgn cara salah selama tu la takkan dapat susu banyak. dan lagi teruk susu blh drop drop dan kering terus. kerapkan penyusuan lagi2 malam, insyallah. blh fully bf balik dan terus 2tahun menyusu
bkn sehari sekali pam je walau anak minum fm. setiap jam or paling lama 2jam wajib am.. kalau tkleh jaga jadual pam then jgn pelik susu tk keluar
mse awal2 dpt pgg baby..bgi je baby susu even tk de susu. nnti automatic kene bengkak susu sendiri after 2 3hari baby lahir. makan bayam consume kurma dhuha minum horlick sy buat semua ni alhamdulillah susu mencurah2. ank warded wktu dia 11hari.. sehari sy supply 24oz kt nurse. smpai dia tnye "susu awk ke ni" hahahahaha. ngam la tu, nurse bgi susu kt baby 8x sehari.. sy pump la utk 8pck 3oz punya container huhu.
Beli ubat tambah susu dkt farmasi. Brand motlillium domperidone. Dkt farmasi health lane ada. Saya anak dh 9 bulan epmom. Susu makin sikit sbb tak sempat jaga pam susu. Tp makan ubat tu alhamdulillah susu masih ada. Cukup la anak minum 4 kali 3.5oz. Selebihnya minum fm. At least tetap bagi susu ibu. Maybe awk boleh try. Kalau rajin buat la air rebusan lai che kang tu. Minum horlick, milo. Agak membantu yg tu semua
mcm saya juga! mmg tiap hari bagi susu badan tapi sehari dalam 4/5oz je. lepas dari tu bila pam mmg tak keluar langsung susu 😅 bila malam mmg full fm hehehe insyaAllah anak kita juga sihat walaupun fm 🤲🏻🤲🏻
Fully EP Mom ke? Kalau bukan full epmom, normal gitu
sedang cuba jadi full epmom sis 🥹 doakan saya 🤲🏻
sy ank 2nd sy full
Usia baby?
saiz corong tu mcm betul 🥹 taktahu nk ukur mcm mne. thankyou sis, bersemangat saya 🥰💪🏻
Anonymous