Detail scan

Hye nak tanya . Berbahaya atau tidak ye buat detail scan nie ?? Mak sy tak bg buat takot apa2 dekat baby.. boleh bagi pendapat tak mummy smua?? #firstpregnant #21weeks5days

34 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

KENAPA PERLU DETAIL SCAN? Detail scan perlu untuk dapatkan maklumat atau memeriksa keadaan bayi untuk sebarang masalah, keadaan dan juga tumbesaran bayi di dalam perut. Kenapa perlu untuk tahu? Sebab mudah sebagai persediaan awal. Kalau ok, syukur, tak perlu nak risau apa-apa. Tapi kalau baby ada alami masalah sejak dari dalam perut lagi contohnya kebocoran pada jantung baby, boleh dirujuk terus kepada pakar untuk pemantauan terperinci dan consultation. Jadi doktor scan apa semasa detail scan? ✔ Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak. ✔ Muka – profil muka, soket dan kanta mata, hidung, mulut dan lelangit. ✔ Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama. ✔ Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen. ✔ Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing ✔ Tulang belakang. ✔ Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari. ✔ Jantina baby. ✔ Tali pusat. ✔ Keadaan serviks ibu. ✔ Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah. ✔ Amaun amniotic fluid (air ketuban) diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim. So, secara umumnya, Detail Scan ni MEMANG PENTING untuk ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata. Waktu sesuai untuk lakukan detail scan ini boleh dibuat antara minggu ke 18-28 sebab kalau baby dah besar, baby akan padat sangat. Jika dibuat selepas tempoh itu ada sesetengah benda tak nampak dengan jelas sebab baby padat. Detail scan ni hitam putih je. Jadi jangan minta yang berwarna pada doktor masa scan. Kredit : Majalah Pa&Ma

Baca lagi