34 Balas
KENAPA PERLU DETAIL SCAN? Detail scan perlu untuk dapatkan maklumat atau memeriksa keadaan bayi untuk sebarang masalah, keadaan dan juga tumbesaran bayi di dalam perut. Kenapa perlu untuk tahu? Sebab mudah sebagai persediaan awal. Kalau ok, syukur, tak perlu nak risau apa-apa. Tapi kalau baby ada alami masalah sejak dari dalam perut lagi contohnya kebocoran pada jantung baby, boleh dirujuk terus kepada pakar untuk pemantauan terperinci dan consultation. Jadi doktor scan apa semasa detail scan? ✔ Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak. ✔ Muka – profil muka, soket dan kanta mata, hidung, mulut dan lelangit. ✔ Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama. ✔ Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen. ✔ Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing ✔ Tulang belakang. ✔ Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari. ✔ Jantina baby. ✔ Tali pusat. ✔ Keadaan serviks ibu. ✔ Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah. ✔ Amaun amniotic fluid (air ketuban) diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim. So, secara umumnya, Detail Scan ni MEMANG PENTING untuk ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata. Waktu sesuai untuk lakukan detail scan ini boleh dibuat antara minggu ke 18-28 sebab kalau baby dah besar, baby akan padat sangat. Jika dibuat selepas tempoh itu ada sesetengah benda tak nampak dengan jelas sebab baby padat. Detail scan ni hitam putih je. Jadi jangan minta yang berwarna pada doktor masa scan. Kredit : Majalah Pa&Ma
Detail scan ni terpulang nak buat boleh xna pon xpe. Kalo buat boleh tau keadaan bby. Xbuat xtau n tgu je la time bersalin nt. Mybe mak sis xna sis stress or susah hati if tbe2 dpt tau bby sis ada mslh pape. Org mngndung ni kn emosinya x stabil. Mungkin tu yg dy nk smpaikan. Pape pon mkn la vit yg doc sruh mkn. Mnom susu. Jaga bdn leklok. Doa yg baek2. In shaa Allah bby sis sihat elok je nt. kalo tuhan da tetapkan tuk jd pape kita boleh buat apa kn. Just doa je la
Details scan lah bagus sis... InsyaAllah dgn detail scan ni nanti lah kita nak tgk jika ada apa2 yang tidak kena dengan tumbesaran anak kita dalam perut... InsyaAllah tak ada apa2 yang membahayakan ibu atau anak jika buat detail scan ni... Sis terangkan baik2 pd mak sis, mgkin mak tak faham sbb dulu dgn skrg kan berbeza teknologi nya... InsyaAllah mak akan faham... Semoga Allah permudahkan urusan sis ya... Aamiin 🤲💕
Tak bahaya sis, bagi saya kalau kita ada kemampuan lebih baik kita buat detail scan supaya boleh tengok perkembangan baby kita macam mana. Tapi mental kena kuat sedikit laa masa detail scan. Saya masa buat detail scan takut terjadi apa apa kat baby, dalam hati saya terimaa walaupon apa terjadi. Tapi bila doktor kata baby normal, situ jugak air mata mengalir. Semoga baby kita semua sihat sihat kehendaknyaa. Amin amin
Detail scan penting sis. Nak tengok perkembanhan baby. Jantung dia ok ke ada berlubang ke, bibir ada sumbing ke, cukup sifat ke banyak la akan check. Better check. Hiraukan mak sis ckp sebab nanti kalau apa2 jadi kat baby takkan nak menyesal kemudian hari. Jangan kita terlalu mengikut adat dulu2. Dulu dgn skrg lain. Even org skrg pun makan main bedal, jadi dr kena supply macam2 supplement & procedure
Scan baby bukan x ray.. Tak ada radiation yang bahayakan baby. Detailed scan untuk tengok setiap organ macam jantung(injap jantung okay atau tidak),ginjal baby ada abnormal atau tidak. Dari sini kita tahu pertumbesaran anak kita okay atau tidak. Bagitahu mak awk mcm tu, detail scan sgt digalakkan utk baby berbanding scan yg lain. Just sharing 😊
Menurut kata doc yg sya pg ritu, dia bgthu detail scan lagi bagus n lagi pnting drpda 3D/4D/5D scan... Detail scan akan check bkenaan dlman baby... Confius jgak bila mak pn kata bhya... Bhya dr segi apa ya seb detail scan mcm scan biasa je... 😟😟😟 in shaa Allah xde pape... Better buat pn... 😁😁😁
Ye, orang2 tua memang tak bg scan. Bg diorg bahaya, and i don't see any harm of it. Tp explain mcm mana pon, dia tak terima hehe. So buat je sis. Detail scan ni skrg penting utk kita tahu growth dia, air ketuban kita, uri kita. Byk info boleh tau. Just do it, kalau ada rezki lebih ok.
No its not true.mitos. Jgn dengar. Kita buat details scan sebab nak tahu keadaan baby,dalaman baby. Jadi tak salah nak buat☺ dr baby kita tahu kalau mereka ada masalah lg dlm perut.cthnya nk tgk keadaan jantung,buah pinggang,kepala,bdn,jari dan sebgainya melalu detail scan.
Takut jd apa2 tu apa sis? Sbb scan details sama je dgn scan biasa. Cuma, detail scan lebih terperinci. Akan scan organ2 dlman baby mcm jantung, buah pinggang & mcm2. In sha Allah, tak jd apa2. 4 anak akak semua akak buat details scan tu. Alhamdulillah, mereka sihat.