Perkembangan anak 2 bulan

Hye moms saya nak minta pendapat ni. Baby saya dah 2 bulan 21 hari, tapi dia masih x boleh mengiring sendiri, and x boleh meniarap lagi. Baby saya a bit kurang aktif. Siang dia akan tidur n bangun untuk tukar pampers, susu n mandi. Malam dia akan tidur macam biasa. But awal pagi sampai subuh dia akan berjaga. And benda tu akan berulang setiap hari. Jadi saya sendiri tak tahu apa perkembangan yang ada kat anak saya. Saya memang belum belikan apa2 toys untuk dia. Saya akan bedung dia pada malam hari. Mitten memang saya dah tak pakai kan. Bila dia berjaga pun dia macam x tertarik pada persekitaran. Haish macam mana ya moms. Dah nak masuk 3 bulan dah. Apa yg perlu saya lakukan? Saya risau jer sbab ada orang compare perkembangan anak mereka dengan anak saya. #bantusharing #ingintahu #firstmom #firstbaby

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Buat tummy time pada siang hari. kalau dia tak suka (rengek/ nangis), buat tummy time dlm 2 minit. Kerap main dgn anak pd wakru siang. beli flash cards main dgn anak, dgn suara kita; menyanyi suara kuat, senam kayuh kaki, cuit anggota badan dia dgn buat bunyi.. main baa cak/ peek a boo , saling tenung mata utk fokus sambil kita buat mimik muka dan bunyi yg pelbagai. banyak je cara main dgn anak tanpa permainan. Hulur jari kita utk baby genggam dan gerakkan tangan atau dia yg gerakkan. Bawa anak keluar tengok alam dan jumpa keluarga. Jangan bg anak overtired di siang hari. perlu ada tidur siang, Boleh learning pertanyaan puan ni di apps ni juga. dah daftar anak kan dlm apps ni? nnt dpt info tentang perkembangan anak dan cara latih anak.

Baca lagi

first of all mmg perkembangan anak lain2 ada yg cepat dan lambat. tapi kita kena buat hari2 aktiviti dgn dia untuk menggalakkan perkembangan dia walaupun dia lambat. kerapkan tummy time. urut2 badan dia guna massage oil sambil tu boleh tummy time. tahan kaki dia supaya dia boleh gerak ke depan. pusingkan badan ke kiri dan kanan. kena rajin berbual dgn dia. menyanyi, selawat, zikir. gerakkan benda apa sj di tangan ke kiri kanan utk bantu koordinasi mata dia. kerapkan sunning bath awal pagi dan lewat petang biar kena cahaya matahari. bawa pergi pantai atau lihat alam semula jadi

Baca lagi