BAYI SAKIT PERUT

Hye moms anak sy baru 1 bulan 12 hari kenapa ye dia selalu sakit perut 🥺 minggu kedua selepas lahir perut dia dah start meragam..sy first mom byk benda sy x tahu & kena belajar,sy ada minum milo,horlick,& mkn buah sunquick,maybe sbb tu la kot baby sakit perut,lepas je dari tu,semua benda sy dh stop,juz minum air suam & mkn nasi kosong dgn ikan kering @ ikan bakar je,segala jenis kuah semua sy dh stop dr dlm pantang lg. Memandangkan anak sy full breastfeeding,kejap2 dia akn minum susu botol,tu pn time sy tdo, mak @ suami akn bancuhkan susu formula..dah 4 jenis susu sy tukar tapi x pasti dia sakit perut samada sbb susu @ pemakanan sy.. Dia x cirit,juz terberak byk kali je..cair plak tu,then perut dia ada bunyi then dia terus menangis ..Bahaya x kalau baby sakit perut? #firstmom #pleasehelp

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

boleh baca ni juga “Doktor Imelda, betul ke ibu yang menyusukan bayi tak boleh minum air sejuk atau air berais, nanti bayi dapat selsema?” Jawapan saya: Ini ialah auta yang mengarut sungguh. Mai nak habaq. Saya nak tanya anda semua, bila anda pump atau perah susu, pernah ke susu yang keluar itu sejuk? TAK pernah kan? Selagi ibu itu masih HIDUP dan selagi manusia ialah MAMALIA BERDARAH PANAS, susu yang keluar dari payudara ibu semuanya PANAS seperti suhu darah ibu juga. Bayi tak akan dapat susu sejuk bila menyusu direct dari payudara ibu. Hakikatnya ialah: 1) Apa yang ibu minum tak terus masuk ke dalam payudara ibu. 2) Apa yang ibu minum akan masuk ke dalam perut ibu. 3) Apa yang masuk ke dalam perut ibu akan menjadi suhu badan ibu dalam masa beberapa minit saja. 4) Dari perut, makanan dan minuman dihadamkan dulu sebelum diresap ke dalam saluran darah kecil yang mengelilingi perut dan usus ibu. Yang tak boleh hadam atau diresap, akan keluar menjadi najis. 5) Dari dalam darah ibu, toxin diproses oleh hati ibu dah buah pinggang ibu untuk dibuang. Jangan percaya kepada produk-produk membuang toxin. Berikan kredit kepada hati dan buah pinggang anda. 6) Khasiat di dalam susu yang dibuat oleh kilang susu di dalam payudara ibu, datangnya dari darah ibu yang ditapis dan diproses oleh kilang susu untuk menjadi susu. 7) Maka sebab itulah susu ibu sama panas seperti darah ibu, tiada air sejuk atau air ais kat dalam susu ibu. 8)Lagipun, penyebab selsema itu jangkitan virus laaaaa bukannya makanan atau minuman. Kena belajar sains apakah penyebab selsema. Jangan salahkan apa ibu minum atau makan naaaaa. 9) Jangkitan virus itu senang berjangkit dari anak-anak lain kepada bayi, dari bapa kepada bayi, dari pelawat kepada bayi dan dari ibu kepada bayi, melalui ciuman, melalui virus yang terlepas dari batuk-batuk atau bersin dan melalui sentuhan tangan jika tak basuh tangan sebelum sentuh muka bayi. Jika pelawat ada selsema, jangan lah pi dekat bayi dan batuk depan bayi, cium-cium bayi dan sentuh muka bayi dengan tangan tak basuh, lepas tu pi tuduh ibu minum ayaq sejuk. Adoi laaaaa 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ 10) Jika bayi dapat selsema, apa yang terbaik untuk menyembuhkan bayi ialah melalui penyusuan ibu. Jika bayi ada selsema, ini bermakna bayi ada jangkitan virus. Virus itu terjangkit dari orang di sekeliling bayi itu yang membawa virus itu, bukan dari air sejuk atau air ais yang ibu minum. Sudah tentu ibu pun dah terjangkit virus yang sama dengan virus yang bayi ada, sebab ibu lah paling dekat dengan bayi, maka badan ibu akan membuat antibody melawan jangkitan virus yang menyebabkan selsema itu. Antibody dari darah ibu akan masuk ke dalam susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Bayi akan mendapat perlindungan dari ibu melalui susu ibu. Insyallah. Jangan salahkan ibu dan jangan kecam ibu yang menyusukan bayi. Hakikatnya ialah ibu lah yang memberi perlindungan kepada bayi. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Dr Imelda Balchin Pakar Maternal & Fetal Medicine.

Baca lagi