5 Balas

tak perlu risau sebab susu badan akan Keluar jugak selepas melahirkan. tak tahu lah sape yg sebarkan mitos yg susu badan kena Keluar sebelum melahirkan nak membuktikan yg kita ada susu utk anak yg bakal lahir nanti. kesian ibu2 yg tak Keluar susu duk risau kenapa dia tak Keluar susu lagi padahal lagi berapa minggu je nak bersalin. susu badan dah terhasil since 16w lagi. nanti baby Keluar, sua je puting dekat anak, pastikan latch dgn betul, nanti slowly akan keluarlah susunya. tak perlu picit breast skrg sampai Keluar susu. kalau yg Keluar susu awal ni pun basuh aje dgn air.

takpe. jgn risau. kita stick to the fact okay. jgn hiraukan mitos2 ni. Sy pun tak Keluar jugak susu time pregnant. now anak dah 5m alhamdulillah masih susu badan sepenuhnya.

Pengalaman saya baby first colostrum tak keluar pun time pregnant. Tapi day 2 lepas bersalin nenen saya sampai bengkak sebab baby dlm nicu time tu & saya tak bf langsung pun. Meleleh susu keluar tanpa baby. Baby second dari 17w pregnant saya dah keluar colostrum. Kadang sampai kena pakai breastpad sebab meleleh sampai ke bedsheet. Bila baby lahir day 3 pun masih kering susu. Around 12pm bersalin, 4pm dah stimulate try bagi baby hisap tp still susunya tak keluar pun.

Lepas sis bersalin baru susu keluar sis. Breast tu kena stimulate dengan mulut baby. Siapa yg cakap kat sis susu kena keluar masa mengandung. Allahu mesti makcik2 stau org2 tua kan. Jangan usik/ picit nipple tu. Dah bersalin nnti baby menyusu ad ala keluar susu tu nnti. Jgn overthinking

Sis jgn overthinking tau. Start follow tiktok/ instagram lactation counsellor banyakkan ilmu menyusu. Ig/ tiktok nyusoo, bestnyamenyusu, nadmasrom. Follow diorang ni utk ilmu2 yg bermanfaat. Ignore org office atau kawan yg toxic. Diorang takde ilmu

normal sis kalau tak keluaq lagi. saya lepas beranak baru keluar. tapi 2nd baby 32 ka 31 week dah keluar air sikit2. takpa sis ada tu jangan hirau sgt org pikir apa. sis positif ja tu yang akan membantu sis menyusu badan nanti. saya doakan semua urusan sis dipermudahkan.

Sya mengdung sampai lahir baby tk keluar lgi susu sampai Sya menangis kt hospital sbb tak boleh bgi susu badan. bila balik rumah urut2 Alhamdulillah baru susu keluar.sambil tu Sya ada jga pam susu BOH dlm botol

Sya baru ja bersalin 19/11 hari tu baby 38 minggu 4 hari keluar awal tak sampai due lgi

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan