Saya dulu keguguran, pantang 22 hari je. Boleh je kalau awak nak berpantang, rehatkan rahim tu. Jaga makan minum. Bertungku. Berurut lepas selesai berpantang. Saya doakan awak & suami awak kuat dgn ujian ni. InsyaAllah jgn risau, ada rezeki yg lebih baik yg Allah simpan utk awak & suami awak. Org ckp lepas keguguran ni senang lekat. Saya dulu period cycle ke 2 lepas gugur dah lekat semula. InsyaAllah ada rezeki baby utk awak jugak lepas ni 🤲🏻
Hi dear, if you dont mind boleh share tak simptom awal you gugur? Ada sakit perut ke bleeding?
Bleeding + sakit perut. Saya terus ke wad bersalin, doc scan bawah tgk kantung dah sampai ke pangkal rahim. Doc bgtau tgu dia akn gugur sendiri, elok sy tgu kejap tu jgk keluar sendiri semua tp sakitnya fuhh sakit yg amat lps dh keluar sndri tu, nurse suntik ubat kecut rahim, ni pun sakit sangattt😭😭😭 dh settle semua doc scan bawah rahim dh clear, takde cuci pun, clear sendiri.
saya pantang 2 minggu. bertungku dan berurut
takde , kalau ada pun saya tak faham sebab dialek pantai timur. doktor explain kat husband sebab nampak saya blur tak faham. tapi setahu saya , rehat berapa bulan tu untuk rehatkan rahim dan pulihkan untuk next pregnancy. sebab ada yang next pregnancy pun gugur lagi sebab tak jarakkan tempoh dengan keguguran sebelum
pantang cm org bse sis
Bonda ♡