Kenapa takda nafsu makan?

Hallo mommyss. Bby saya sekarang 7m20d macamtu. Kenapa ye sekarang dia takda nafsu makan bubur. Dulu laju je dia makan semangkuk. Bubur nasi berlauk. Dari dia 6bulan memang saya bagi bubur nasi 3kali 2 kali snack buah. Tapi sekarang buah ok dia makan. Kalau bubur tu dia bunyi siap buangkan hahahaha. Tapi saya biar je taklayan sangat. Still dia makan jugak tapi dalam 3/4 suap macamtu je. Risau pulak saya. Dahla last checkup 6bulan haritu berat dia gi line merah dah. Ni kalau checkup 9bulan makin turun kena refer doc.babynya ok aktif dan kuat tidur and susu. Dia full bf. Susu pun tak lama mana tp tidur cukup lama.sekali tidur mau 6jam camtu. paksa letak tek kat mulut mana dia layan. Tidur lagi penting🤣 apa yg letih sgt tautau la.dia tidur kt tilam je tepi saya.memang dia kuat tidur dr baby. Last checkup 6m berat 5.9kg😌 bby girl.dah 4 ke 5 hari dia buat macamtu tanak makanan. Dua harini saya buat buttermilk pun sama je dia tanak hahahahaha. Sedap saya yg habiskan🤣 tula ingat next week try buat lauk daging. Sbb minggu ni lauk ayam. Memang makanan dia saya beli untuk seminggu2 and buat frozenkan dan tinggal masak je. Sbb dulu kalau daging memang laju dia makan. Tengok camana dia still nak ke atau memang jadi sama cam sekarang. Patutnya ayam pun dia suka. Sbb dulu ayam&daging memang fav dia laju je habis siap kena tambah lagi. Kalau ikan salmon tu memang dia tak suka🤣 #bantusharing #pleasehelp #firstbaby #pleasehelp #seriusnanya

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1) awak kena pelbagaikan menu baby. mungkin baby dh jemu bubur. awak juga boleh tukar texture makanan baby awak kepada sedikit kasar. contoh breakfast boleh buat pancake, walfer, nasi goreng, bihun goreng, puri, overnight oat, etc tengah hari dah boleh bagi makanan bertumis. macam sup ayam, gulai , masak kurma, etc snacking boleh bagi buah, baked potato, spaggeti, dessert (cheesecut, puding, kek), finger food (nugget homemade) 2) bawak baby tengok environment luar. utk menarik minat baby. 3) jangan memaksa. if kita memaksa baby akan trauma utk mkn. kalau ada fb, awak follow fb happy baby food malaysia. dekat sana mcm2 info tentang pemakanan baby yg awak boleh dpt.

Baca lagi

makanan yg semalam dia mkn bertambah tak semestinya harini dia nak rasa walau sesudu.. jgn letak apa2 expectation.. nak tambah berat kena makan banyakkk fat dgn protein.. saya pun anak 1y dah masuk garis merah.. dr sblm 9bulan selalu sgt demam nak tumbuh gigi. demamnya 1jam, selsema kahak yg 2 3 minggu.. baru baik selsema, demam balik.. kalau saya anak tak mau makan bg dia main rumput main pasir pantai, nanti dia nk makan balik.. sensory play..

Baca lagi
1y ago

Ouh i see. Terima kasih bagi cadangan. Setakat ni alhamdulillah dari lahir sampai sekarang bby takda demam batuk selesema lagi. Cuma gusi dia nampak dah putih2 pastu macam tajam gigi nak keluar sikit

Pelbagaikan menu utk baby tu dear. Buat colorful dengan buah/ sayur2/carrot/ tukar shape/ buat macam jenis bento comel2 yang menarik tu. Sama macam kita jugak, kalau makan benda sama pun naik jemu. So cuba la pelbagaikan menu anak tu. Cari kat tiktok/ youtube ada banyak tu.

TapFluencer

Sometimes is teething time and maybe can try something new to let baby explore. Maybe some teething biscuits should be okay. Baby sometime bored for same taste, maybe can try bubur ikan bilis, ayam or ikan.

Pelbagaikan menu dan tekstur sis. Boleh buat mashed potato, any kinds of pasta, ini antaranya la. Lagi satu, dah pernah buat finger food untuk baby?

Dia tukar selera