Bleeding tp upt 2line

Hai semua,saya perlukan nasihat atau apa2 pandangan berkaitan topic di atas.. Saya dah start bleeding 10hb sept anggap bleeding tu period tapi hairan knp period awal sangat tpi sy dah mula tumbuh jerawat sebelum bleeding so saya anggap memang dah nak period.. Tapi yang peliknya bleeding tu on off.. Tak banyak tapi sikit je.. Perut tak sakit dan semua dalam keadaan normal je so i still fikir hormon terganggu sbb penat kerja dan sibuk urus adik kawin so saya abaikan pakai pads seperti biasa.. Tapi dah pelik sangat bila suami nak minta bersama saya pun okay jer sebab dah tak dah bleeding dah so sy anggap dah bersih dah sekali esok pagi nak mandi ada tompok darah dan 18hb sept ni masih bleeding on off so tergerak hati nak beli upt.. Sampai rumah terus ke toilet check dan terkejut dua line dan tak sabar nak check esok pagi dan masih dua line tapi masih bleeding.. So 19hb tu nak scan tp scan tak nampak apa2 lg.. Doktor ckp masih kecil klu nak clear blh ke klinik yg ada TVS.. So sy check 21hb sept doktor tak nak kantung dan suspect ectopic pregnancy dan dtg suru ambi darah hari yg sama dan juga 23hb ambi darah dan check sekali lagi.. Bleeding masih on off dan doktor suru cepat2 ke klinik klu sakit makin teruk.. So 23hb dah ambi darah result dah keluar doktor scan skali lgi.. Alhamdulilah nmpk kantung tp bleeding msih on off.. Doktor ckp threatened miscarriage tp doktor still bg duphaston dan folic asid utk bantu saya kuatkan rahim saya.. Dan perlu dtg scan lagi pada 28sept dan skrg sy bed rest utk jaga kandungan.. Masalahnya skrg pun masih on off bleeding.. Sy dah pelan2 down dah sbb bleeding tak stop .. Sy nk minta semangat dan kata2 yang kuatkan saya dan serta sy nak tau.. Adakah kandungan sy dpt diselamatkan jika sya masih bleeding smpi 6week kandungan sya?

7 Balas

InsyaAllah awk kena rehat betul2, bedrest, klau boleh jgn buat kerja2 kat dapur sgt.. tumbuk2 lesung atau angkat benda2 berat.. masa anak first sy bleeding mcm awk jugak.. stary dari 6 weeks.. bleeding on off.. lpas bersama akan bleeding.. klau minum air klapa pon akan bleeding (klau sy lah, atas badan masing2 jugak).. bleeding on off smpai kandungan sy 3 bulan klau tak silap.. lpas tu dah takde bleeding.. Alhamdulillah anak dh umur 3 tahun skrg.. second pregnancy gugur masa kandungan 3 bulan sbb ada jangkitan kuman dlm sel darah putih sy.. pregnancy ke 3 gugur masa kandungan 7 mggu.. tak tahu sbb apa.. takde sakit atau jatuh, tiba2 spotting then bleeding then keluar ketulan daging kecil.. smggu lebih lpastu sy buat pregnancy test dah takde double line.. so assume baby dah takde jelah.. InsyaAllah Allah nk bagi rezeki yg lebih baik lpas ni.. sentiasa positif dan bersangka baik kpd Allah.. Dia yg memiliki segala-galaNya 😊

fikir yang baik2 dan doa yang baik2. kena ingat satu je. if kandungan tu gugur bukan salah awak. itu sebab janin tu sendiri tak jadi. buat sementara ni makan ubat doctor bagi dan bed rest. bangun hanya utk solat if awak muslim. mandi dan makan. semoga dipermudahkan urusan awak. semoga ada keajaiban buat awak dn husband❤️.

berdasarkan pengalaman sy,tp masa sy bleding on off.g hospital Dy bg ubat kuat rahim,lps g KK lps seminggu baru tahu air ketuban ckit.bby sy dpt bertahan dr nk masuk 4bln sampai 5bln je,sis bleding on off tu bnyk mcm period x?

InsyaAllah,ada rezeki awk kandungan kuat bertahan.jika tiada,jgn sedih mungkin belum tiba masanya..buat masa skrg awak bedrest je dan mkn ubat duphaston tu..sy doakan semoga ada berita gembira buat awk🫶🏻

tgh melalui sekarang 🥲 harini 25/9 bru checkup setelah bedrest 1weeks .. doakan baby dan saya kuat ya ❤️

Sis kena kuat untuk baby ya, banykkan berehat. Semoga sis dan baby sihat sahaja.

In Sha Allah ramai yg kandungan survive, dgn syarat makan duphaston & bed rest.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan