Baby kuning tapi tak berak

hai semua nak tanya , sekarang saya kena tahan ward dengan baby . dia ada kuning and saya bagi susu badan full tak campur tapi dia tak berak lah . memang normal ka tak berak kalau susu badan ? masa baby kena tahan ward sorang haritu dia banyak berak sebab hospital bagi susu formula . orang cakap nak turunkan kuning kena banyak berak . tapi dia tak berak pun asyik kencing jaa banyak . risau hospital tak bagi saya keluar ward selagi dia tak berak pulak . #ingintahu #pleasehelp #firstbaby

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Biasa kalau full breastfeeding normal tak berak up to 14 hari tak silap. Tapi boleh jadi mungkin cara penyusuan sis salah. Kena tengok juga sis susukan berapa lama per session. Sebab biasa susu awal2 ni di panggil ‘foremilk’. Susu ni sedikit cair berbanding dengan susu akhir2 di panggil ‘hindmilk’. Kalau sis susukan kejap2, atau si tukar2 breast masa susu, takut baby just dapat foremilk. Susu hindmilk yang buatkan baby kenyang. Dan berak. Sis kena tanya nurse dan belajar cara penyusuan dengan betul 😊 takpun, sis terpaksa campurkan dengan susu formula selagi kuning baby tak turun ☺️

Baca lagi