Untuk proses cerai susu badan anak berumur 1 tahun 4 bulan, anda boleh memulakan proses secara perlahan-lahan. Salah satu cara yang boleh dicuba adalah dengan mengurangkan penyusuan secara beransur-ansur. Anda boleh mulakan dengan memperkenalkan susu formula atau susu lembu kepada anak secara perlahan-lahan. Bermula dengan memberikan campuran susu formula dan susu ibu, kemudian secara beransur-ansur meningkatkan jumlah susu formula atau susu lembu. Anda juga boleh membuat jadual penyusuan yang berperingkat untuk membantu proses pemisahan dari susu ibu. Pastikan untuk memberikan sokongan dan kasih sayang kepada anak sepanjang proses ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Semoga berjaya! #firstmom #SeriusTanya #bantujawab #ingintahu https://invl.io/cll7hzz
sebelum wean off sis kena dulu bagi anak minum susu lain. cari susu mana yg serasi dengan anak. tak boleh wean off mendadak terus tanpa ada susu backup. better ajar anak minum susu full cream kotak guna cawan. dah boleh train sebab kalau dah 2 tahun mmg doktor sarankan minum guna cawan. boleh juga bagi susu kotak kecik yg ada straw bagi anak minat minum susu kotak. nak bagi susu tepung pun tak ada masalah. tapi sis kena try satu² mana yg anak suka dan serasi sbb based on pengalaman sy dua² anak reject susu tepung. nak susu kotak je tak kisah la room temperature ke, sejuk. sampai sekarang mcm tu.
klu awak search post2 sblum nie, org akan suggest bg anak mnum susu kotak, bg mnum gne straw, gne botol air.. cuma nye take time sikit la utk anak terima sbb da lme bf kn.. kne byk2 sabar je la..