kencing selepas bersalin

hai. saya bersalin dah over 6 months. waktu bersalin mereka jolok pundi kencing untuk keluarkan air kencing sebelum dan selepas proses bersalin. sejak dari tu saya sentiasa ada air kencing bocor pada seluar dalam. dan kalau pundi kencing penuh saya perlu teran untuk keluarkan. selalu rasa tak puas kencing. ada tak yang kena macam saya ?

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

keadaan tu bkn disbbkan oleh kena jolok tu. nk bersalin pundi kencing dikosongkan utk mudahkan proses baby nk keluar je. yg selalu org rasa kesan dia pedih sikit kt lubang kencing je la..tu pun bkn lama. puan gi klinik ya bgtahu yg puan tulis ni

Baca lagi
11mo ago

saya pun tak pasti tapi nampak macam area lubang pundi tu nampak hitam sejak lepas dijolok tu. tapi tak berapa pasti mungkin jadi infection ke apa. atau saya tak sesuai procedure macam tu ke entahlah. terima kasih banyak atas advicenya. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan awak 🥰