kencing selepas bersalin

hai. saya bersalin dah over 6 months. waktu bersalin mereka jolok pundi kencing untuk keluarkan air kencing sebelum dan selepas proses bersalin. sejak dari tu saya sentiasa ada air kencing bocor pada seluar dalam. dan kalau pundi kencing penuh saya perlu teran untuk keluarkan. selalu rasa tak puas kencing. ada tak yang kena macam saya ?

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dah rujuk doktor? Saya pun kena macam tu juga masa dalam labour room. Midwife yang buatkan, 2x. Tapi takde aftermath macam awak.

11mo ago

saya ada juga tanya dr, dia ada juga suggest saya rujuk pakar tapi dia takde bagi surat refer atau sebagainya untuk saya pandang lebih serius kes ni. tu saya jadi macam tertanya eh sebenarnya okay ke tak ni. so bila tanya pendapat ramai, mereka tak kena macam tu jadi baru nampaknya effect pada saya tak normal. apa apa pun terima kasih banyak atas advicenya. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan awak 🥰