Makanan utk gdm mommy☺️
Hai ,nak Tanya .. apa makanan yg boleh Dan xboleh mommy makan bila dah sangkut gdm ya? Untuk kawal gula Tu .. first time sangkut gdm .. tq yg respon🤗
Hi, kalau dah ada Gdm kena jaga makan dah. Bukan sebelum jumpa nurse baru nak jaga makan ya. Sebab kencing manis ni kalau tidak kawal gula memudaratkan diri dan kandungan. Jgn lah ikut orang lain makan tak ingat dunia. Makan ikut suka hati just because craving pnya pasal 😶😶😶 Ikut diet LCNS (Low carbo, No sugar), makan ubat, cucuk insulin ikut arahan doktor. Jgn skip. Dan jgn consume supplement kecuali yang dibagi dari Klinik. Awak tak perlu semua tu. Awak nmpk tu susu viral ibu mengandung di tiktok tu whatever konon bagus utk gdm. jgn la. tinggi gula dan carbo semua tu. Kalau tidak jaga pemakanan akan memudaratkan kandungan. Antara yg paling menakutkan baby boleh meninggal dalam kandungan ya. Please alert. Jgn main2 dgn kencing manis. Nasi awak ambil sesenduk rata, lauk dan sayur-sayuran banyakkan. Yg penting jgn letak gula dalam masakan. Letak garam je bagi rasa cukup. Sos dan kicap tinggalkannn. Kalau nak juga boleh buat sendiri. Kalau kicap beli cap kipas udang botol warna hijau. Sos so far tak jumpa lagi yg tanpa gula. Segala makanan dan minuman manis tinggalkan!! Pengganti gula tak payah la bazir duit beli. Sama je naikkan paras gula. Tepung gandum, tepung jagung, tepung ubi dan apa2 la tepung tinggalkan!! Benda tinggi carbo yg boleh naikkan gula dlm darah. Bread gardenia warna hijau pun tak boleh. 1 slice of bread = 2 senduk nasi. Dah la tak kenyang kalau mkn 1 slice je, bagus awak makan je nasi. 🤣 Nak makan bread atau kuih, mkn yg dibuat dari tepung almond dan tepung kelapa je lulus. Sy tau nda lama lagi nak raya, tau la kuih-kuih raya tu nmpk sedap. Tapi tlg elakkannn. Jgn risau ada juga seller jual kuih yg diabetic friendly. Tiada tepung dan pemanis atau penganti pemanis. Kalau awak nak sy share. Sy nmpk komen ckp tak pantang apa2... sy mampu tepuk dahi je lah.. dia pnya pasal lah nanti kalau ada apa2 dgn baby dia. Awak jgn lah contohi dia ya. Kalau awak nak. Awak join lah Kelab Pesakit Diabetes/ Kencing Manis https://www.facebook.com/groups/848023719453332/?ref=share&mibextid=afzh1R ☆ Peringatan Mesra: Admin dan moderator mmg garang2. Tpi utk kebaikan juga ya. Kalau awak hati tisu, cepat terasa jgn join tu je. Tapi itu lah, awak akan terlepas segala nasihat bgus dlm group ni.
Baca lagiSy makan je sis.. tak pantang2 sgt. Duk pk buat stress ke diri je. Tapi timing mkn sy ade gap la.. bukan kjp2 mkn ..
tulaa .. tpi masa yg Sama takut lak time cek bsp teruk .. sbb sy ssh nak keluar pegi klinik ulang Kali😅 sbb suami keje plus anak2 yg lain xde org jaga .. Tu kena laa juga cubaa ikhtiar on diet ..huhuhu
Roti gardenia wholemeal plastik hijau tu jadikan best friend ye. 😂 kurangkan nasi banyakkan lauk. Air kosong.
tq sis .. Bulan puasa ni kerap lapar .. selalu sahur mesti nasi Tu sy akan makan dlm kuantiti yg banyak .. huhu ,bila sy Cuba sikit Kan nasi jadi lapar sangat2 😂 nnti sy Cuba makan lebih lauk atau roti Tu ..
Mama to Baby EGG ♡ ¶ Sabah, MY ¶ Website: msha.ke/shiomai