Masih berharap...

Hai mummy2 sekalian, sy punya period tak teratur disebabkan tiroid . So edd tu x sure lagi. Semalam scan kandungan (cara tvs) dh 7w3d, tapi dr ckap mcm most likely misscarriage sebab x nmpak lagi janin dan degupan jantung . Just kantong jer. Dr bagi tempoh tiga minggu, pastu scan balik tgok macamana. Kalau xda perubahan, mungkin kandungan tak jadi. Sy risau sgt 😢 #harapadakeajaiban

Masih berharap...
31 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy scan 10w baru nampak jantung. 7w scan jugak tp tk nampak lg. kantung kosong. doc suspek blighted ovum. kandungan tk jd. dia bagi tarikh suruh dtg lg masa tu. cerita bulan 2/22 lani dh selamat bersalin bby girl. dah masuk 40hari.Alhamdulillah

Masa awak pregnant ni awk makan folic asid tak? Kalau awak tak makan awak kena makan tau sebab nak jaga janin dlam kandungan tu. Doc ada suruh awak mkan folic asid tak? Doc saya suruh saya wajib makan smpai kdgn 12 minggu.

takyah risau sis. dapatkan rest yang cukup n doa banyak2. jaga pemakanan juga yea. inshaAllah ada rezeki. sy dulu 7w pun kantung kecik je nampak. tapi lepas 3 minggu alhamdulillah dah okey. skrg dah 18w

Noob lah doc ni. Saya pun boleh baca Ada sac( kantung) Dan featus ( janin). Mmg sesetengah orang heartbeat tak boleh dgn at 7 weeks. Ishh saya tak suka La doc ni. Sis, Check di hospital mana sis?

ada baby tu sis dalam kantung. kenapa doctor bagi explanation mcmtu? 😅 sis buat masa ni banyakkan rehat. makan ubat ya sis. ada rezeki sis tu inshaallah sis kuat ❤️💪🏻💪🏻

Eh. Dalam kantung tu dah ada janin sis. Mungkin maksud doktor tu jantung baby kot yg belum dapat dengar. Jgn stress sis, sis boleh ke klinik lain untuk check. Insha allah ada rezeki sis.

tgk ok je pun, harap2 semuanya ok dan dok tu silap...yg pasti jaga kandungn baik2,..sis boleh try p klinik lain untuk kepastian lagi.. take care sis..semoga dipermudahkn..

Sis ,,yg bulat tu bby la tu😅😅😅cuba p klinik lain..kdang2 ada klinik yg sambil lewa dn ikut sedap mulut dia cakap misscariage pdhal belum gugur lagi..

inshaallah puan , ada rezeki tu .. doa yang baik2 puan , period tak teratur memang macam tu puan saya pun sama juga memang susah nak tau edd yang tepat ..

i punya 7 minggu , bentuk badan pun tak nampak lagi. yang sulung 7 minggu dah nampak bentuk dah . so jangan risau okie . be positive 😘

Post reply image