First time nak hantar pengasuh

Hai mommy2, sy first time nak hantar anak pegi pengasuh nanti. Apa preparation yg saya patut buat? Dan apa barangan yg patut saya bawak sekali masa hntr anak pegi pengasuh. Lepas saya cuti bersalin, terus nak hntar baby ke pengasuh..so nak tips dan pengalaman dari mommies jugak ye🥰 tq#sharing

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

First thing first awak kena tanya dan bincang dengan pengasuh. Apa yang dia perlu, apa yang dia tak perlu. Pengalaman saya, saya cakap siap kat pengasuh yang anak saya minum EBM. Semua saya sediakan sekali dengan bottle cleanser and bottle brush. Pengasuh ada offer untuk tinggalkan stok EBM dalam peti sejuk dia. Tapi saya cakap takpe, saya sediakan cooler bag sekali ice pack. Kiranya semua dah siap tinggal bagi baby minum and tolong cuci kan botol. Tak nak cuci pun takpe, balik saya cuci. Pakaian, towel, pampers, toiletries pun saya sediakan everyday. Tak tinggal buat stok untuk di rumah pengasuh. Buai/walker tak perlu bagi untuk anak. Lepas tu saya ready kan tilam untuk anak juga. Makanan baby pun sama. Saya sediakan siap bekalan makanan. Bagi baby makan apa yang saya bawa je sebab anak saya no salt/sugar sampai 2 tahun. Tak perlu suap makanan lain selain daripada bekalan anak. Sedikit sharing daripada saya. Dari anak saya 3 bulan sampai 3 tahun. Masih lagi cara yang sama kecuali sediakan EBM. Hehe anak tak minum siang dah. Anak minum susu malam hari. Hope it gives you some idea. 😊 Yang paling penting kena tanya dan discuss dengan pengasuh anak sebab lain pengasuh lain cara.

Baca lagi

dh dpt pengasuh ke? klu blum, sis survey, pi tgk rumah dia, suai kenal...tanya pkara basic psl pengasuh dan upah. utk brg apa yg perlu ni bgntung pd pengasuh sbnrnya. lain pengasuh, lain permintaan. ada pengasuh minta parents siapkan pakaian weekday terus..ada pengasuh minta siapkan pakaian harian...klu pengasuh nk buaian, kena sediakan.

Baca lagi