Baby Berak Banyak kali, Najis tak cair, minum susu formula

Hai mommy.. sy nak tanya mommy semua ada pengalaman tak baby berak banyak kali dalam sehari. Najis tak cair, ada isi dan lendir , sy dah bawa baby pergi klinik , sample keputusan darah okay tak ada masalah, anak sy setahun 20 hari , aktif ,minum susu, makan, macam biasa, tapi sy risau lah. Minggu ni dah 3 kali ulang alik pergi klinik dktr dah cek tak nampak jangkitan atau apa apa. #firstmom#jangankecam

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dalam sehari berapa kali anak berak?

1y ago

Hari hari akan berak 4-5 kali sehari? Atau first time anak awak berak banyak kali? Maaf banyak tanya sebab nakkan kepastian. Takut salah bagi pendapat. Anak saya 1y9m. Memang seorang yang berak 4-5 kali sehari. Timing anak saya berak pun saya dah tahu. Pagi selepas bangun tidur, lepas breakfast, tengah hari, petang dan sebelum tido. Ini memang rutin anak saya berak dari umur 6 bulan. Selagi tekstur najis tak cair/berair, should be okay. Awak boleh cuba semak pemakanan anak awak jugak. Cari makanan yang trigger anak untuk membuang lebih kerap. Macam anak saya, jagung & buah naga. Bila makan ni akan berak banyak kali.