ubat dn kesan

hai mommy semua. ada tak kat sini mommy yang tak makan ubat klinik n ubat yang dr suggest? means tak makan ubat lngsung.#seriusnanya kalau tak ambil ada yang tahu kesan pada ibu atau bayi tak?

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bila ibu hamil datang berjumpa saya pada kehamilan di antara 11 minggu dan 14 minggu, saya akan buat Ultrasound scan janin untuk memastikan janin di dalam kandungan: 1) Hidup - ada denyutan nadi yang normal. 2) Diukur saiz dari bahagian kepala ke punggung (Crown-Rump-Length) untuk menentukan tarikh yang dijangka lahir yang paling tepat. 3) Periksa jika ada kehamilan kembar. Jika ada kembar, saya akan memeriksa kantung dan uri untuk mengesahkan jika kembar seiras atau tidak. Pastikan tiada masalah kembar siam atau conjoint twin. 4) Memeriksa tiada kecacatan, terutamanya pembentukan tempurung kepala dan otak, pembentukan hidung yang normal (nasal bone), pembentukan perut, tiada hernia seperti exomphalos dan gastroschisis, pembentukan dua tangan dan dua kaki, ada dua saluran darah arteri dalam tali pusat, ada pundi kencing yang normal. 5) Memeriksa bahagian belakang tengkuk (Nuchal translucency scan - atau NT scan) sebagai screening untuk beberapa jenis syndrome dan masalah pembentukan jantung. Memastikan tiada bengkak-bengkak seperti cystic hygroma dan hydrops fetalis. Kedua-dua gambar ini ialah ultrasound scan kehamilan yang baru menjangkau 12 minggu (tak sampai 3 bulan) untuk dua janin yang berlainan. Gambar sebelah kiri ialah pembentukan tempurung kepala dan otak yang normal. Lihatlah otak yang normal kelihatan seperti rama-rama yang cantik dan dibahagi dua dengan lengkap kepada otak kanan dan otak kiri. Gambar kanan (B) pula ialah janin usia yang sama, tetapi mempunyai kecacatan yang serious. Kita boleh lihat kecacatan ini walaupun baru 11 minggu kehamilan. Otaknya tidak lengkap, hanya terbentuk di bahagian belakang dan tiada tisu otak yang normal di bahagian depan. Otak ini juga tidak dibahagi dua dengan lengkap. Kecacatan otak inilah yang dinamakan ‘holoprosencephaly’. Selalunya tengkoknya juga bengkak, dan tiada hidung yang terbentuk (midline defect). Di dalam contoh ini, janin di sebelah kiri ini normal dan janin di sebelah kanan ada Patau syndrome. Ini ialah kecacatan yang membawa maut. Selalunya kecacatan janin sebegini akan gugur dengan sendiri atau meninggal dunia di dalam kandungan, atau meninggal dunia selepas dilahirkan. Ini bukan kenan. Jangan percaya kepada khurafat. Inilah bayi syurga. Patau syndrome terjadi sebab ada terlebih satu kromosom disebabkan kerosakan baka dalam benih telur ovum ibu yang dipersenyawakan. Kerosakan baka telur berlaku dengan lebih kerap lagi kepada ibu yang semakin berusia. Jika ibu berusia 20 tahun, kebarangkalian saya jumpa janin Patau syndrome bila saya scan ibu ini pada kehamilan 12 minggu ialah SATU dalam 7600. Jika ibu berusia 30 tahun, kebarangkalian saya jumpa janin Patau syndrome bila saya scan ibu ini pada kehamilan 12 minggu ialah SATU dalam 4500. Jika ibu berusia 40 tahun, kebarangkalian saya jumpa janin Patau syndrome bila saya scan ibu ini pada kehamilan 12 minggu ialah SATU dalam 560. Jika ibu berusia 45 tahun, kebarangkalian saya jumpa janin Patau syndrome bila saya scan ibu ini pada kehamilan 12 minggu ialah SATU dalam 140. Jika ibu berusia 50 tahun, kebarangkalian saya jumpa janin Patau syndrome bila saya scan ibu ini pada kehamilan 12 minggu ialah SATU dalam 30. Kerosakan DNA yang boleh menyebabkan syndrome dan masalah pembentukan janin inilah sebabnya ibu yang semakin berusia ada lebih tinggi risiko mendapat keguguran. Jangan salahkan apa yang ibu makan. Jangan salahkan ibu terlalu lasak. Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Maternal & Fetal Medicine.

Baca lagi