ubat dn kesan

hai mommy semua. ada tak kat sini mommy yang tak makan ubat klinik n ubat yang dr suggest? means tak makan ubat lngsung.#seriusnanya kalau tak ambil ada yang tahu kesan pada ibu atau bayi tak?

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Anencephaly. Dua kali terkejut !! Otaknya sudah hancur di dalam kandungan ibunya tanpa perlindungan tempurung kepala yang tidak terbentuk. Berat hati saya setiap kali menyampaikan berita kepada ibubapa yang janin di dalam kandungan mempunyai kecacatan yang membawa maut. Tapi, memang berat lagi badan yang memikul. Macam tidak percaya bila kita lihat ada kecacatan yang seteruk ini. Janin ini akan terus membesar dan terus hidup di dalam kandungan, sebab ia menerima oxygen dan zat daripada uri ibunya sehingga bersalin. Selepas bersalin, tali pusatnya dipotong, dan sudah tiada lagi oxygen diterima daripada ibunya. Bayi ini akan meninggal dunia selepas bersalin sebab tidak mempunyai otak untuk mengawal pernafasannya dan tidak akan bernafas sendiri. Ada empat punca mengapa tempurung kepalanya tiada, dan tidak pernah terbentuk dari awal hayatnya. 1. Tahap gula di dalam darah ibu yang tinggi (penyakit kencing manis) tidak terkawal, pada waktu permulaan kehamilan. 2. Obesiti. Satu masalah metabolisma yang walaupun ibu tidak ada diabetes, meningkatkan risiko mendapat janin yang ada kecacatan ini. 3. Kekurangan zat 'folate', sejenis vitamin yang didapati dari folic acid, pada waktu permulaan kehamilan. Walaupun ibu boleh mendapat vitamin folate dari sayuran hijau, pengambilan supplemen folic acid lebih berkesan mengurangkan risiko kecacatan ini jika dibandingkan dengan memakan lebih sayur-sayuran hijau kerana vitamin folate ini terlalu senang dimusnahkan bila sayuran dimasak. 4. Kadang-kadang masalah di alam sekitar (environmental) yang tidak dapat dikesan. Selalunya saya memberi nasihat kepada ibu yang sihat bagaimana mengelakkan kejadian ini. Ambil lah folic acid supplemen setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil, dan teruskan folic acid bila hamil untuk tiga bulan yang pertama. Jika anda membuat hubungan kelamin suami isteri tanpa menggunakan kaedah merancang keluarga, sila lah ambil folic acid setiap hari, sebab anda tidak boleh meramalkan bila masanya anda akan hamil. Tapi zaman sekarang, obesiti dan penyakit kencing manis lebih berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia, akibat kandungan gula yang tinggi dalam permakanan, memakan berlebihan dan kurang bersenam. Setiap kali saya melihat kecacatan anencephaly ini melalui Ultrasound scan, saya akan terus membuat ujian darah ibu untuk mengenalpasti jika ibu juga ada diabetes yang tidak diketahuinya sebelum mengandung. Saya dapati kebanyakan ibu-ibu ini sudah pun ada penyakit kencing manis sebelum hamil lagi, tanpa pengetahuannya. Inilah yang dinamakan undiagnosed diabetes. Sudah ada type 2 diabetes, tetapi tidak mengetahuinya sehingga sudah hamil dan terjumpa kecacatan janin. Ibu ini tidak ada peluang mengawal gula sebelum persenyawaan janin ini sebab tidak tahu ada Diabetes. DUA KALI TERKEJUT. Pertama, bila mendapat tahu tentang kecacatan janinnya. Kedua, bila mendapat tahu tentang penyakit kencing manis (type 2 diabetes). Bila ditanya adakah pernah mendapat kencing manis semasa kehamilan yang lepas (gestational diabetes), mereka semua menjawab "Ya doctor, dulu saya pernah ada penyakit kencing manis semasa hamil" Bila ditanya lagi, 6 minggu selepas bersalin, ada tak berjumpa doktor semula untuk memastikan penyakit kencing manis semasa hamil (gestational Diabetes atau GDM) ni sudah betul-betul pulih, dan adakan anda pastikan paras gula di dalam darah di tahap yang normal setiap tahun, sebelum hamil semula? Jawapannya semua sama saja, "Tidak doktor" Setiap wanita yang pernah ada GDM, digalakkan membuat ujian minum air gula setelah berpuasa iaitu OGTT, 6 minggu selepas bersalin, dan kemudiannya ulang setiap tahun. Sekurang-kurangnya buatlah ujian darah HbA1c setiap tahun. Sebabnya ialah risiko anda mendapat Diabetes type 2 ialah 50% dalam masa 5 tahun. Ini bermakna dalam 100 wanita yang pernah mendapat GDM semasa hamil, 50 orang akan mendapat Type 2 Diabetes dalam tempoh 5 tahun. Jika anda pernah dapat GDM, ini ialah satu amaran, satu peluang kedua untuk mengubah gaya hidup anda kepada gaya hidup sihat dan cergas supaya boleh mencegah Diabetes type 2. Anda juga diberi kan peluang mengawal diabetes jika mengetahui anda sudah ada Diabetes sebelum anda hamil untuk mengurangkan risiko anak anda mendapat kecacatan ini. Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Kesihatan dan masa hadapan anak-anak kita juga tanggungjawab kita, dan tanggungjawab ini bermula dari sebelum hamil lagi. Jika anda mempunyai penyakit kencing manis (type 1 atau type 2 diabetes), elakkan kehamilan dengan menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, sehingga penyakit kencing manis anda terkawal, seelok-eloknya kurangkan bacaan HbA1C ke tahap kurang dari 6.5% dan ambil lah folic acid yang lebih tinggi lagi, iaitu 5mg sekali sehari, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Jika anda ada masalah obesiti, anda juga perlukan folic acid yang lebih tinggi, 5mg sehari, sebelum hamil dan pada 3 bulan pertama kehamilan, tetapi apa yang terbaik ialah kurangkan berat badan anda supaya tidak obese sebelum hamil. Insyallah, kita boleh mengelakkan anencephaly dan kecacatan janin yang lain disebabkan penyakit kencing manis dan obesiti. Allah menentukan, tetapi kita boleh cuba merancang dan berusaha. Dan ilmu itu sudah diberikan. Kalau boleh, kurangkanlah benda yang bagi kita terkejut-terkejut ni dalam menempuhi cabaran hidup kita. -------------------------------------------------- Ini gambar dari internet. Tak sampai hati nak tunjuk gambar arwah patient saya, walaupun sudah diberikan kebenaran dari ibubapanya untuk tujuan pendidikan am. Tambahan: Kajian perubatan juga menunjukkan yang pengambilan folic acid oleh ibu hamil juga berkesan mengurangkan autism di kalangan anak-anak. Bagi wanita yang bertahun-tahun mencuba dan masih belum lagi hamil, kajian menunjukkan tidak ada masalah kesihatan bagi wanita-wanita yang mengambil folic acid bertahun-tahun selagi tidak melebihi dos yang disarankan. Dos yang disarankan ialah di antara 0.4mg sehingga 1mg sehari, tetapi dos yang lebih tinggi sebanyak 5mg sehari disarankan untuk wanita yang ada Diabetes atau ada obesiti atau pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD. Dr Imelda Balchin, Pakar Perunding Maternal dan Fetal Medicine.

Baca lagi

Bila ibu hamil datang berjumpa saya pada kehamilan di antara 11 minggu dan 14 minggu, saya akan buat Ultrasound scan janin untuk memastikan janin di dalam kandungan: 1) Hidup - ada denyutan nadi yang normal. 2) Diukur saiz dari bahagian kepala ke punggung (Crown-Rump-Length) untuk menentukan tarikh yang dijangka lahir yang paling tepat. 3) Periksa jika ada kehamilan kembar. Jika ada kembar, saya akan memeriksa kantung dan uri untuk mengesahkan jika kembar seiras atau tidak. Pastikan tiada masalah kembar siam atau conjoint twin. 4) Memeriksa tiada kecacatan, terutamanya pembentukan tempurung kepala dan otak, pembentukan hidung yang normal (nasal bone), pembentukan perut, tiada hernia seperti exomphalos dan gastroschisis, pembentukan dua tangan dan dua kaki, ada dua saluran darah arteri dalam tali pusat, ada pundi kencing yang normal. 5) Memeriksa bahagian belakang tengkuk (Nuchal translucency scan - atau NT scan) sebagai screening untuk beberapa jenis syndrome dan masalah pembentukan jantung. Memastikan tiada bengkak-bengkak seperti cystic hygroma dan hydrops fetalis. Kedua-dua gambar ini ialah ultrasound scan kehamilan yang baru menjangkau 12 minggu (tak sampai 3 bulan) untuk dua janin yang berlainan. Gambar sebelah kiri ialah pembentukan tempurung kepala dan otak yang normal. Lihatlah otak yang normal kelihatan seperti rama-rama yang cantik dan dibahagi dua dengan lengkap kepada otak kanan dan otak kiri. Gambar kanan (B) pula ialah janin usia yang sama, tetapi mempunyai kecacatan yang serious. Kita boleh lihat kecacatan ini walaupun baru 11 minggu kehamilan. Otaknya tidak lengkap, hanya terbentuk di bahagian belakang dan tiada tisu otak yang normal di bahagian depan. Otak ini juga tidak dibahagi dua dengan lengkap. Kecacatan otak inilah yang dinamakan ‘holoprosencephaly’. Selalunya tengkoknya juga bengkak, dan tiada hidung yang terbentuk (midline defect). Di dalam contoh ini, janin di sebelah kiri ini normal dan janin di sebelah kanan ada Patau syndrome. Ini ialah kecacatan yang membawa maut. Selalunya kecacatan janin sebegini akan gugur dengan sendiri atau meninggal dunia di dalam kandungan, atau meninggal dunia selepas dilahirkan. Ini bukan kenan. Jangan percaya kepada khurafat. Inilah bayi syurga. Patau syndrome terjadi sebab ada terlebih satu kromosom disebabkan kerosakan baka dalam benih telur ovum ibu yang dipersenyawakan. Kerosakan baka telur berlaku dengan lebih kerap lagi kepada ibu yang semakin berusia. Jika ibu berusia 20 tahun, kebarangkalian saya jumpa janin Patau syndrome bila saya scan ibu ini pada kehamilan 12 minggu ialah SATU dalam 7600. Jika ibu berusia 30 tahun, kebarangkalian saya jumpa janin Patau syndrome bila saya scan ibu ini pada kehamilan 12 minggu ialah SATU dalam 4500. Jika ibu berusia 40 tahun, kebarangkalian saya jumpa janin Patau syndrome bila saya scan ibu ini pada kehamilan 12 minggu ialah SATU dalam 560. Jika ibu berusia 45 tahun, kebarangkalian saya jumpa janin Patau syndrome bila saya scan ibu ini pada kehamilan 12 minggu ialah SATU dalam 140. Jika ibu berusia 50 tahun, kebarangkalian saya jumpa janin Patau syndrome bila saya scan ibu ini pada kehamilan 12 minggu ialah SATU dalam 30. Kerosakan DNA yang boleh menyebabkan syndrome dan masalah pembentukan janin inilah sebabnya ibu yang semakin berusia ada lebih tinggi risiko mendapat keguguran. Jangan salahkan apa yang ibu makan. Jangan salahkan ibu terlalu lasak. Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Maternal & Fetal Medicine.

Baca lagi

Hanya satu suplimen yang anda perlukan sebelum hamil, dan Ini ialah Folic acid. Murah saja nak beli di farmasi. Tujuannya bukan untuk meningkatkan kesuburan, tetapi untuk mencegah kecacatan janin Neural Tube Defect (NTD). Bila hamil, anda teruskan mengambil folic acid untuk 3 bulan pertama kehamilan. NTD itu seperti 1) Spina bifida (tulang belakang tidak tutup dengan sempurna menyebabkan sebahagian saraf tunjang terkeluar dan rosak), 2) Anencephaly (tempurung kepala tidak terbentuk dan tidak ada otak bila dilahirkan) dan 3) encephalocele (ada lubang pada tempurung kepala yang menyebabkan sebahagian otak terkeluar). Dos yang anda perlukan untuk Folic acid hanyalah 400mcg (microgram) sehari. Kadang-kadang tak boleh jumpa dos itu, jadi 1000mcg atau 1mg pun tak apa. Suplimen folic acid telah terbukti mencegah NTD sebanyak 80-90%. Jangan tunggu dah hamil baru nak minta di klinik kesihatan, sebab tulang belakang mula dibentuk dari permulaan kehamilan. Murah saja pi beli sendiri dari farmasi. Tak payah cari jenama yang mahal-mahal. Tak payah beli set kesuburan. Untuk wanita yang pernah ada kehamilan bayi yang ada kecacatan NTD, dos yang disarankan ialah 5000mcg atau 5mg sehari. Untuk wanita yang obese, dos yang disarankan juga 5000mcg atau 5mg sehari, sebelum hamil dan semasa hamil, tetapi nasihat penting utama dari saya ialah turunkan berat badan ke tahap sihat dulu sebelum cuba menjadi hamil. Guna kaedah merancang keluarga yang berkesan sehingga berat badan anda normal sebelum hamil, dan boleh ambil dos 400mcg folic acid saja. Obesiti boleh menyebabkan masalah kesuburan, lebih lagi keguguran jika hamil, lebih masalah kecacatan NTD, dan masalah kesihatan ibu dan janin yang lain semasa hamil termasuklah diabetes, tekanan darah tinggi dan kelahiran pramatang. Untuk wanita yang ada diabetes sebelum hamil (type 1 atau type 2) dos folic acid yang disarankan ialah juga 5000mcg atau 5mg sehari. Tetapi nasihat penting untuk anda ialah pastikan anda tidak obese dan Diabetes dikawal sebelum hamil. Target anda ialah mendapatkan ujian darah HbA1C dan pastikan tahapnya kurang dari 6.5% sebelum anda cuba menjadi hamil. Set kesuburan itu semua overclaim dan tidak meningkatkan kesuburan. Multivitamin suplimen juga tidak mencegah keguguran. Makanlah makanan berkhasiat dengan seimbang dan bersenam dengan kerap. Amalan hidup pemakanan sihat dan cergas itu lebih penting bersama folic acid. Yang lain itu tidak perlu.

Baca lagi
2y ago

this from doctor imelda balchin pakar o&g

PRODUK JUS Saya, dengan penuh rendah diri, sebagai seorang Pakar Pediatrik dan Pediatrik Endokrinologi, memohon dan merayu, agar IBU - IBU MENGANDUNG Tidak mengambil sebarang produk suplemen termasuk "jus-jus" tertentu! Melalui pemerhatian saya sendiri, sudah ada beberapa BAYI yang dirujuk kepada saya dengan kebimbangan KECELARUAN HORMON / KETIDAKTENTUAN JANTINA (Disorder of sexual development, suspicious congenital adrenal hyperplasia) Dan bila kami selidiki, didapati IBU-IBU INI MENGAMBIL PRODUK SUPLEMEN @ JUS SUPLEMEN KETIKA MENGANDUNG (Mungkin juga kebetulan, namun bila ada beberapa kes, kita bimbang juga) Alhamdulillah, setakat ini, masalah kecelaruan hormon ini bersifat sementara, dan dengan masa stabil, namun, bayi-bayi ini terpaksa menjalani pelbagai ujian lanjut, termasuk pengambilan darah berulang-kali 😔 (Dan, kita tidak tahu kesan jangka masa panjang pula) Saya berharap, SEMUA IBU-IBU MENGANDUNG MENGAMALKAN PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG TERMASUK PENGAMBILAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN UNTUK NUTRISI OPTIMUM TANPA PRODUK SUPLEMEN (Ya, menerusi testimoni ibu-ibu ini, memang badan terasa "sedap & segar" selepas pengambilan produk suplemen, namun adalah "normal" untuk ibu mengalami gejala ketika mengandung seperti loya, letih, perubahan hormon, asalkan gejala itu tidak keterlaluan. Dan bagi saya, adalah "tidak normal" jika langsung tidak mengalami sebarang gejala seperti rasa tidak mengandung langsung atau "boleh mengandung setiap hari") Dan saya mohon kepada para doktor, terutama bahagian pediatrik, dgn izin, dlm English: Please get a thorough maternal history in case of genital ambiguinity in terms of (among others), maternal medications. You have sometimes be specific - ask for any medications, herbs, supplemens, product and even ask whether she consumed any "jus" Kami akan terus memantau trend ini dan mengambil tindakan lanjut Terima kasih

Baca lagi
2y ago

this article from doctor rashdan

Dalam journey pregnancy nie awak akan jumpa macam macam jenis ibu and pengalaman mereka. Yang paling popular : ‘saya dulu tak makan pun, elok je anak sihat/ saya dulu tak buat gitu pun, alhamdulillah anak ok’. Atau pun ‘supplement/jus XXXX lebih membantu naikkan HB dpd ubat KK’. But jangan lupa, anak yang dikandung tu, lain org lain perut. Dia tak makan ubat, rezeki dia la anak dia lahir sihat. Cuba kalau awak tak makan and anything happens pada awak/baby, jangan salahkan takdir. Jangan pulak rasa down. Semakin besar kandungan, semakin drop nutrien. Baby perlukan nutrien dpd awak utk dia membesar dgn sihat. Contohnya HB. Awak taknak makan ubat? Okay. Baby membesar seperti biasa sebab dia ambil nutrien dpd awak TAPI effectnya HB awak low, bersalin boleh tumpah darah, risiko kematian/koma selepas bersalin. Contoh kalsium. Baby nak membentuk tulang rambut kuku ambil dpd awak. Awak tak cukup kalsium? Ahhh hadap je la gigi awak pecah/patah, gusi berdarah or cramp kaki malam malam buta. Ini kita cerita kalau badan awak cukup nutrien dibekalkan utk baby ambil dan effect hanya utk awak sahaja. Cuba bayangkan dah lah awak tak cukup nutrien, baby pun tak dapat nak membesar dgn sihat. Awak nak salahkan siapa? Kita jangan confident apa makanan yang kita telan hari hari tu cukup nutrien utk dibekalkan. Sebab kita dibekalkan ubat utk membantu.

Baca lagi
2y ago

setuju sangat. sy mmg jumpa org yg awk ckp mcm dkt 1st ayat tu. siap berbangga ckp mcm. bg sy tu rezeki dia allah nk bg. baby lahir semua okay.

Kenapa ya mummy tak makan ubat yang doctor suggest? Normally ubat doctor suggest tu untuk kandungan juga. Contoh macam asid folic, bagus untuk bayi dan pertumbuhannya. Ini kesan tak makan asid folik https://my.theasianparent.com/risiko-kurang-asid-folik

yg mkn ubat klinik mcm zincofer/obimin pn kdg hb tunggang tbalik, baygkn klu x mkn?? ckup ke nutrien smpi kt bby?

2y ago

betul tu awak. bagi saya atleast kita ambik langkah2 mencengah. selebihnya kita berserah kpd allah sbb kita dah usaha buat yg terbaik. sama mcm sy. sy apa2 doctor prescribe ubat mmg sy mkn. lain2 tu sy mkn buah buahan, kekacang.