Small breasts?

Hai mommies..sy nak tanya soalan personal sikit. Sy dari dulu size breasts memng kecik, skg pregnant baru 7w3d. Terfikir pula mcmne ye nti masa menyusukan anak? Cukup tak susu badan if size kecik? 😅 Anyone with experience? #firstimeMomhere

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya jujur jela ya saya pun sama, kalau tgk badan saya jenis kurus tinggi. Zaman sekolah dulu org ejek nasi lemak 50 sen. Time mula2 kahwin sampai ckp kt suami tak kisah ke, bernafsu ke. Tahap insecure tu sebulan 2 sebelum kahwin kita beli krim pink lady urut2 ramas2 nk bg besar (bukan pil ya!). Tp tak consistent sbb malas & segan sendiri ramas sendiri punya, then pikir ikutlah husb nanti terima jela apa adanya. Lepas kahwin pun size breasts maintain & time pregnant keluar colostrum time 17w. Fully bf sampai skrg anak dah setahun lebih, malah pump per sesh skrg ni still dpt 6oz (saya working mom). Banyak 6oz tu actually sedangkan demand susu anak dah kurang sbb dia dah makan. My breastfeeding journey mmg best, sampai tak sangka banyak susu walau kurus, breasts kecil. Mil, sil impressed. Boleh dikatakan hari2 saya happy tuang susu sbb sentiasa penuh botol tp takdelah sampai oversupply tau😅 Rezeki Allah nk bg. tp saya time 3rd trimester mmg dah study betul2 ilmu penyusuan, mindset mmg nk fully bf. For me nk maintain fully bf anak tu mudah sgt kalau kita ada knowldge. Teknik, penjagaan emosi, konsep demand supply, semua main peranan yg kita kena mahirkan

Baca lagi

hi sis,benda tu tak menjamin apa², once dah lahirkan ank,susu akan ada. saya 1st mom n fully bf untill now ank nk masuk 2thn,size kecik je Dan saya underweight,kurus sngt² tapi tinggi. ank tetap dpt susu yg cukup. lagi satu,sis belajar Tau bab penyusuan Dari sekarang,kt tt or fb pun ada,size perut baby,demand baby,jenis susu,warna susu,timing menyusu,timing tido Dan sebagainya,saya belajar kt tt je mudah. banyak Ibu² kata tak dpt menyusu lps lahirkan anak sbb tiada ilmu penyusuan,jadi saya harap sis belajar ya Dari A-Z sekiranya berniat utk susukan anak

Baca lagi

Jgn risau. Size breast tak menentukan susu banyak atau tidak. Masa mula2 tu je lah kena sllu pam or kejut baby menyusu takut breast bengkak. Breast berterusan proses susu sbb blm tahu demand byk mna. Lepastu ok dah byk mna demand byk tu lah susu dikeluarkan.

size payudara tidak mempengaruhi amount susu yang dihasilkan. konsep breastfeeding ni, feed vs demand. semakin kerap kita susukan baby, semakin banyaklah susu yang terhasil. kalau boleh ikut kelas penyusuan untuk belajar lebih pasal penyusuan susu ibu ❤️

Saya berat 42-43kg je tapi alhamdulillah dapat bf anak sampai skrg dah 1y7m. Anak saya pon debab je hasil fully bf 🤭 Jangan risau sangat tau. Kena sentiasa positif je

7d ago

Samalh dgn sy sis 43-44kg je. Skg morning sickness ni makin kurang makan, tak lalu mkn. Berat pun dah turun sikit 🥲 Wah baik sis moga sy pun senang nak bf anak nti amin

VIP Member

sis jgn pkir yg negatif pikir yg positif ja orang yg saiz breast kecil ni la susu bnyk dari yg besar klu sis nk tau insyaallah Allah permudahkan ☺️🤲🏻

saya pun kira xdela besar mana tp susu banyakkkkk sgt2, sampai memancut saya boleh tadah dan simpan buat stock

cukup je. xkisah saiz mcm mana pun...yg penting konsisten utk direct feed