HMFD pada bayi 1 tahun

Hai mommies...boleh share x pengalaman baby mommies yg pernah terkena jangkitan HMFD..apa yg mommie buat untk sembuhkan baby & makanan apa yg mommies bg sepanjang baby kena HMFD dan berapa lama masa untk sembuh#firstmom #pleasehelp #bantusharing #seriusnanya #ingintahu #firstbaby #HFMD

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Pengalaman sy anak, 2.5 years kena HFMD lepas disahkan oleh doktor di klinik, mmg kena kuarantin seminggu. Anak sy start bintik2 naik kt tgn dan kaki. Lpastu ada 3 ulcer dlm mulut die. Sehari dua hari permulaan tu mmg die x nk makan, x nk minum susu Sgt. Ada demam juga. So doktor bg ubat demam dan selesema. Kalau dpt yg Alloclair Spray tu pun Sgt membantu untuk kurangkan ulcer @ sakit tekak. Doktor suruh sy sapu calamine lotion untuk surutkan bintik2 tu. Sambil tu kena juga jaga hygiene mulut die supaya ulcer x membiak dan die boleh makan dgn selesa. Sy sapu sahaja calamine lotion tu selepas mandi & selepas die kering. Dalam seminggu tu bintik2 berair tu dah kecut dan warna hitam. Dalam tempoh seminggu tu, lepas je die main toys, mmg sy rendam. Sekeliling di rumah semua sy mop guna chlorox + floor cleaner + air panas. Everytime bgn tido, sy spray ada brand Aleev (not so sure ingat2 lupa) untuk bunuh kuman HFMD nie. Makan, anak sy makan mcm biasa sahaja, x de specific. Once selera die dah okay, die makan semua. Dan dalam masa seminggu nie ada pegawai daerah kesihatan yg call untuk tanya pasal anak kita.

Baca lagi
VIP Member

Hi, Puan👋 Pengalaman saya, anak timbul ruam merah di kawasan pampers, perut, tangan, kaki, dan mulut. Alhamdulillah tiada ulser dalam mulut. Saya tak sapu apa2 cream untuk ruam di tangan, kaki, dan perut. Saya cuma sapu diaper cream pada kawasan pampers sahaja. Situ yang paling teruk sampai kulit mengelupas. Dalam masa seminggu ruam dah kering dan okay. Waktu ni juga anak saya cuma pakai pampers sahaja. Alhamdulillah tiada parut juga. Sepanjang tempoh ini, anak saya hanya makan makanan sejuk sahaja. Saya buatkan chilled oat+buah, chilled yogurt+buah+oat, chilled yogurt+buah. Susu anak saya minum seperti biasa.

Baca lagi