Air leaking

Hai mommies semua,sy dh 36weeks,pagi ni ada air leak sikit sahaja dri vagina,itu dikira air ketuban ke,tapi tiada sakit perut..cairan tidak terlalu jernih..biasa kalau pecah ketuban kuantiti dia banyak ke?#SeriusTanya

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Air ketuban pecah ada bunyi 'pop' lepas tu mengalir non stop macam air paip yang kita buka laju. Air ketuban leaking ni maksudnya bocor. Macam awak isi air dalam belon lepas tu ada lubang kecil kat belon. Air keluar sikit2 bukan sekaligus. Air ketuban ni colorless, odorless, uncontrollable. Pantau dulu. Kalau ada ciri ciri ni means air ketuban awak leaking and kena pergi hospital.

Baca lagi
1mo ago

Sama-sama. Moga dipermudahkan urusan awak juga.

apa yg Dr bgtau sy.. air ketuban leaking boleh jadi sikit, boleh jadi banyak... kalau dia leaking kita xrasa ape2 dia keluar.. tiba2 basah, dia tak ada warna, biasa je, tp kalau air ketuban kluar warna kehijauan or coklat ke bahaya sbb kemungkinan baby berak kat dalam.. better sis pergi hospital utk check.

Baca lagi
2mo ago

Air yg keluar tu tak buat basah sis,cuma dia keluar tu sy boleh rasa..lebih kurang sesudu air..skrg betul2 rasa x larat sangat,takut nanti kalau pergi hospital,dh tggu lama² dorang suh balik...air ketuban yg keluar tu dia akan keluar sikit² berterusan ke atau sekali keluar je?

Saya haritu pun rasa benda sama.. Pagi tu terus pergi pac gh penang, Dr tahan 3 hari untuk pemantauan.. Kalau sis rasa xsedap hati pergi ja.. Diaorg tak marah.. Diaorg akan check sampai baby dan sis betul2 dlm keadaan baik. Klau lambat pergi and jadi apa2 tu yg diaorg marah

1mo ago

Haah.. Kalau lepas diaorg pantau tu darah puan ok, scan ok, baby ok boleh balik dah..

Kalau ketuban pecah dlm masa brapa minit tu dia akan rasa balek leaking yg basah terus . Kalau duduk atas tilam mmg basah terus tilam .

1mo ago

Ha ah bukan tu sis . Mungkin keputihan yg cair tu . Kdg sy pun jdi keputihan mcmtu waktu pregnant rasa mcn air turun sikit