baby kuning

hai mommies semua , anak saya kuning dah 15 hari . haritu dah turun 218 kemarin p check 254 naiknya . ada tips tak ? saya bagi dia susu formula dan susu badan pun saya bagi jugak . kdg2 ada laa tengah2 pagi tak gerak dia bangun menyusu sbb saya pun tak bangun tido . boleh jadi punca juga ka dia tak menyusu lama ? mak mentua saya ada bagi air apa entah nama untuk banyakkan susu . dalam tu ada buah mata kucing , kurma cina mcm tu . rasa2 ada sebabkan tak kuning naik kalau minum air tu ? #firstbaby #ingintahu #pleasehelp

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

klo menyusu badan elakkan kunyit halia bawang putih ya sbb sy pun dlm pantang anak kuning jugak prolog juandis sbb dah lebih 15 hari sy perasan bila ambik tu kuning ank naik so sy stop makan halia bawang putih apa semua tu sbb saya memang full susu badan n kuning ank turun sikit2.. mlm2 tidoq sy x tutup lampu...petua lain sy mandikan baby dengan air kucai.. if sis bg baby susu formula pastikan baby kerap berak ja sbb kadang ada susu baby yg buatkan bayi kurang berak... sy pun x kejutkan baby 2 jam sekali masa awal2 sbb dia susah nak menyusu..sy susukan bila dia nak minum ja klo tengah malam...kena pantau bg dia kerap berak dan kencing..ja sy pun baru ja lepas p klinik selasa lepas doc ambik darah dan sample air kencing baby.... air yg mak mertua sis buat tu air untuk banyakkan susu ja x da masalah cuma klo sis minum air tu kena kerapkan susu baby klo x nanti takut sis bengkak susu sbb air tu boleh buatkan susu kita banyak.

Baca lagi

anak sy kuning tak smpai seminggu tip nya kena bagi susu 1jam sekali lagi bagus kalau minum susu badan,pastu jgn biarkan anak panas. sy time anak sy kena kuning siang sy tak bedung pon mlm baru bedung sbb nk dia lena tido. pagi ii plk sy mandikan ank sy guna daun kucai yg dah siap blen dan tapis. kadang sy mandikan ank sy pakai daun inai + daun sirih . air mandian pon jgn panas kalau panas tu yg lambat turun pastu pusat baby tuuu bersihkan betul ii jgn sampai bernanah tauu. ank nk tidur bagi dia selesa jgn sampai dia berpeluh sbb panas pastikan suhu bilik sederhana sejuk pastu kalau ank minum susu badan jgn mkn halia,lada hitam,kunyit. sy stop mkn lagi cpt turun kuning dia. nanti ank dah bebas kuning baru mkn balik tau

Baca lagi

susukan 2 jam skali atau 1 jam sekali.. sis minum air ribena atau makan anggur. kan manis + masam sikit, bila kita susukan baby auto bby akan kerap berak.. susukan baby usahakan supaya sampai 15 minit 1 sesi (sebelah breast je supaya dia dapat susu lemak yg hujung² tu). next session bg sebelah pulak.. sy buat mcm ni 4 kali je check kuning. memang rajin sy makan anggur sbb penat turun naik KKIA check kuning anak, dgn czer lg .. syukur menjadi.. try laa.. mana tau jadi jugak

Baca lagi

Pengalaman saya, sis kena bagi dia menyusu setiap 2 jam dan on-demand supaya dia buang air. lepas dia menyusu tu, buat urutan perut dengan kaki dia untuk tolong baby senang nak poo. minum air kurma cina tu xde kesan untuk kuning baby. sebab saya pun minum untuk milk booster. cara nak turunkan kuning baby ni dengan dia buang air jee. (poo)

Baca lagi

Pengalaman ank 1st . Laki bini darah O . Doctor sarankan , susukan bayi sejam Skali dlm masa 15hinggi20minit mcm Tu . Penat memang penat la . Tpi sumpah 3 Kali cek up ja kuning ank menurun 188 - 159 - 51 alhamdulillah. Elak kan makan benda” Panas dulu mcm ( halia ,kunyit ) Bnykkan minum air kundur untuk c ibu yaa bukan bby hehe

Baca lagi

susukan baby setengah jam ke 1 jam sekali, paksa baby bangun untuk menyusu, jangan bedung baby, bedung buat baby lagi lena tidur, sy pn suami isteri darah O, hari ke 7 bby dah discaj kuning. kena rajin bangun siang malam, kalau tidak mmg jd prolonged jaundice. sy pam jugak susu bg dalam botol masa baby susah nk bangun walau dh kejut.

Baca lagi
TapFluencer

ye. bby kena jaundice ni kena kerap bg dia minum susu sbb nk bg dia poo. in case warded, mmg strict misi pantau tiap 2 jam wajib bg nyusu. buat mcmtu mmg turun jaundice ank sy. Mak mertua awk bg milkbooster tu. tujuan dia memperbanyakkan susu bdn. tapi kena ambil mknan berkhasiat juga baru boleh jalan

Baca lagi

kena sentiasa bagi dia hisap susu sis. kalau saya dulu wajib sejam sekali susukan dia. kalau nak tido, saya akan set alarm untuk bangun susukan. lepas 4 kali gi kk dah boleh discharge kuning dah.

anak saya prolonged jaundice. last ahad cek 120, minggu depan kena cek pulak. harap turun ke 85, kesian tengok baby kuning. dah kerap sangat dah dia menyusu. kencing banyak. poo je tak banyak

hi , semoga segala urusan dipermudahkn, i cuma suggestkan sahaja tau , guna anggur hitam , ataupun jika ada rezeki air zamzam , beri sedikit shj kpd bayi , doa dan usaha okay 👍