Hai mommies. Bulan ni saya dah 6 months & dah mula prepare barang2 baby & of course one of important items is carseat. Bab carseat & stroller kami laki bini mmg plan nk survey di kedai sebab lebih clear & mudah fahamkan cara pasang/guna. 7 months nanti takut dah tak larat nk jalan2 survey huhu tadi pun dah mengah.
Info dari seller tadi MyCRS extend sehingga Oktober 2023, no longer end of Sept 2023 disebabkan issue website down atau atau atau sehingga peruntukan habis. Skrg dah 40% orang claim tau. Jadi mommies yg layak semua cepat2 tau survey.
Tips saya, mommies screenshot dulu siap2 kelayakan di website & shop list nearby. And yaa saya screenshot jam 2am sebab time tu website laju. Kalau dah ada shop list, mommies terus shj menuju ke kedai tersebut tak perlu terpusing2. Kalau dah masuk kereta baru nk buka web mycrs tu mmg agak menguji kesabaran. Buku pink/mykid/surat beranak & salinan ic jgn lupa bawa & palangkan ya FOR MYCRS 2023 USE ONLY untuk elak salah guna dokumen.
Tadi saya beli di Babyshop, Toppen JB sebab kebetulan ada discount + tolak lagi RM150 MyCRS. Toppen ni kedai ke 3 saya pergi today & finally dpt harga affordable + brand berkualiti. First shop yg saya survey if nk beli kena buat appointment dulu tak boleh walk in (leceh betul 😂) & kedai second pula RM150 tu boleh digunakan not only for carseat but set carrier + stroller too cuma famous brands dah limited & kena tunggu dia restock. Di Babyshop Toppen hanya boleh claim utk carseat shj tau. Various brands juga like Joie, Koopers Lambada etc & stock pun dah mula berkurang yaa. Jadi mommies jgn berlengah lagi tau, buat research dulu brand apa yg recommended by many parents so senang nk pilih nanti. Tadi saya dpt original price 499 then after discount 399 - MyCRS 150= RM249 utk carseat max 36kg, adjustable & for NB to 12 yrs. Alhamdulillah. Good luck mommies 🥰