Pengalaman hantar baby ke pengasuh

Hai mommies. Boleh share pengalaman mommies yg hantar anak kat pengasuh tak? Baby sy sekarang baru 3m+. Hantar dekat pengasuh baru 2 minggu. Nak tanya pengalaman mommy2 semua, berapa banyak mommy provide ebm ke pengasuh? Normally habis semua ke ebm tu ye? Sy mula2 hantar 6 botol ebm, tapi ada baki 1 atau 2 botol (hantar pukul 8, ambil pukul 5.45). Then sy kurangkan ke 5 botol ebm, 1 botol sy letak siap2 untuk baby minum lepas sy pegi kerja. Time ni selalu ada lebih 2 botol ebm. Tapi skrg sy kurangkan ke 4 botol ebm + 1 botol fresh ebm utk baby minum, tapi balik semua ebm habis, takde baki. Sy hantar baby pukul 8, ambil dlm 4.30 mcm tu. Tu pun kadang2 pengasuh kata dia guna juga susu fm bagi dekat baby. Pengalaman mommy yg lain mcm mana ye? Saja tanya je sebab bila baby duduk dgn sy, takde la sebanyak itu minum nya. Share la mommy punya pengalaman mcm mana ye. #newmom #SeriusTanya #bantusharing

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Pengalaman saya: 1. Kalau demand cukup, tak perlu suruh bs bagi susu fm kt baby. Pesan kt bs siap2 cos ada bs dia prefer bg baby susu fm sbb senang bancuh terus minum. Ebm dia nak kena warmkan dulu. Kita ada hak utk tentukan anak nk minum apa. Susu ibu susu tetap susu terbaik, boleh baca disclaimer ni kt semua tin susu fm. So kalau demand cukup, kenapa nk topup fm? Kalau saya mmg standby juga fm dlm bekas kecil tp saya ckp siap2 guna bila perlu shj in case sy terbalik lewat sbb saya nak anak saya minum susu saya. Saya tak bg dia 1 tin terus wahh mmg saya tak dpt detect la if dia guna banyak. 2. Berapa oz demand baby awak sekali minum? Anak saya time 3m dah 3.5oz - 4oz which is normal qty for this age. Saya readykan 6 botol. Hantar 7.30am ambil 5.30pm. Usually mmg akan habis. Jarang la ada balance, sebulan 3 4 kali je botol 6 ada balance. Tu pun sbb bs kata lepas mandi dia dah ngaruk nk tidur so tak minum. And kena tgk lepas kita ambil baby, kt rumah tu baby okay or tak. Ada muntah ke. Ada meragam ke. Perut kembung ke. Kalau takda should be okay takda issue overfeed. Anak saya sampai rumah 6pm-10pm tidur. 11pm df & main2 kejap. 12pm auto nangis nk tidur. 3am/4am auto bangun nenen & sambung tidur sampai 7am. So this routine clearly shows yg my baby okay (padahal dulu time NB dia high need). 3. Weekend saya focus df. Dan mmg saya rasa mcm anak tak banyak minum pun. Yes saya pernah rasa pelik sbb kt bs ebm semua habis tp bila baby dgn kita dia mcm tak selalu df pun sampai saya rasa ragu2 dgn bs. Tp saya ada terbaca time study baby language, baby ni time dgn pengasuh perangai dia akan lain tak sama dgn bila dia dgn parents. Dan lagi satu, hisapan baby time df ni lagi kuat & lebih banyak susu keluar dlm masa beberapa minit, tak sama mcm bila pam. Thats why bila baby df sekejap je pun nenen kita dah rasa ringan. Probably baby dah hisap banyak dah pun even sekejap. So lepas saya kaji 2 benda ni saya just anggap normal je. Yg penting selagi baby okay, berat naik cantik.

Baca lagi
1mo ago

Thanks momy share pengalaman. Untuk point no.1 tu, sy memang provide bekas kecil je utk bs sbb nak dia guna ebm. Kadang2 je dia guna fm tu sbb katanya lambat nk tgu ebm sbb baby dh nangis. Cuma haritu bs ada cakap dia bagi baby fm sbb baby taknak tidur. Sy suka tanya baby last minum pukul berapa, normally bs akan cakap dia bagi pukul 3 , then pukul 4 dia akan bagi lagi susu. Baby momy gap menyusu berapa lama ye? Sbb baby kalau dgn sy die minum 2.5 ke 3 jam sekali. Setiap botol sy bagi 4oz.

Camni, awk bagi susu frozen ke? Sy cuma bagi frozen hari isnin sahaja. Hari lain sy bagi susu yg pam hari sebelum. Kalau ada lebih boleh pakai balik esoknya. So takde pembaziran kat situ sbb suhu susu dlm fridge blh tahan 3-4 hari. Kalau frozen lepas defrost 24 jam sahaja so bazir lah. Labelkan bekas susu / plastic susu lah ikut tarikh dan minta pengasuh guna yg tarikh/ nombor paling awal. Kalau tak percaya pengasuh, makanya balik tu frozen kan je yg lebihan tu. Sy buat mcm tu lah. Guna pitcher method.

Baca lagi