Sembunyi kandungan.

Hai mommies.. boleh ke i sembunyikan kandungan i dari makcik2 bawang? Sebab sebelum ni i miscarriage yang tau hanya suami , keluarga dan kawan terdekat sahaja. I bukan malu and i lah orang yang paling bahagia bila dapat hamil lagi. Tapi makcik2 bawang slalu tnya dan saya jawab “tak” sebab kita takleh baca hati seseorang kan? Ada yg gembira ada yang dengki jadi patut ke saya berbuat demikian? #pleasehelp #firstbaby #ingintahu

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

boleh je awak ,sy pun sembunyi kan . yg tahu hnya suami , fmily mertua , fmily sy dan kwan baik sy je . bkn apa . kdg org ni baik dgn kita tp dengki . tak suka tgk kita bhgia . kalau org tye prgnant ke . sy bls emoji je . senyap senyap je . nanti da berslin bru bgthu 😂😂

bole je, sbb kita taktau kan niat org . kalau tanya buat taktau je ,takyah mengiyakan ,takyah menidakkan. biar diorg tengok sendiri nanti baby keluar. tapi nanti baby keluar pun kena jaga yaa, sbb baru lagi kan, situ pun kena jaga juga.

kalau ada org tnya soalan mcm tu, saya selalu jawab "InshaAllah doa2kan kami" sebab sy takut nak jawab "tak" seolah kita mcm tak trima kndungan skrg. at least bila mintak doa tu tak trkesan sangat.

Jawab je 'alhamdulillah kalau ada rezeki ada lahh'. Sebab menidakkan pun tak elok juga sbb mcm kita taknak baby pula. Kena jawab tengah2 biar makcik bawang tertanya2 tak dapat jawapan 🤣

Baik rahsia kan je prgnncy awak ni . Sama mcm sy sampai skrg pun sy rahsia kan . Kalau sy up gmbr sy dgn fmily . Pandai2 lah dorang tgok dan nilai sndri .