2 Balas

boleh nak adakan susu badan semula. kita panggil kaedah relaktasi. 1) milk booster ni tujuan utk support journey penyusuan susu ibu. kalau awak hanya bergantung dgn milk booster sahaja tp tak bagi rangsangan pada breast still susu tak kan keluar, dear. awak kena konsisten bg rangsangan bukan harini buat then esok stop, kemudian lusa pula buat balik. dan milk booster setiap mommy tak sama. kena try and error. yang paling penting key dia adalah HAPPINESS. awak kena paham dulu konsep asas penyusuan susu ibu. Selagi Demand (permintaan) samaada dr baby directfeed ataupon awak mengepam, selagi tu Supply (penghasilan/pengeluaran) susu badan awak akan ada. 2) nak adakan susu badan semula boleh. cumanya awak kena prepare mental fizikal awak. sebab bukan harini buat harini terus dapat hasil. akan ambik masa sebab baby dh berusia 9bulan. apa yg awak boleh buat adalah awak jaga jadual pump. jangan skip pam including malam. permulaan kena bg rangsang semula kepada breast supaya otak dpt terima signal utk produce semula susu badan. buat 1@2jam gap setiap sesi. kalau hanya pam angin terus kan. jangan putus asa. hasil paling cepat boleh nampak if tak putus asa dlm masa 2minggu. susu titis2. boleh selit power pumping pada waktu mlm. timing paling cantik nak buat PP adalah antara jam 12am - 5am. boleh juga guna kaedah nursing supplementary system. boleh tgok dkt you tube kaedah ni mcm mana. ataupon boleh refer dgn page lactation counselor😘 pemilihan pam juga memainkan peranan penting. pastikan size corong pam, penggunaan mode&level pam yg betul. *sy cuma share info dn ilmu yg sy tahu. niat sy nak bantu ibu yg betul2 nk tahu ilmu penyusuan😊. dan sy bukan yg terpaling susu. sy still masih belajar.

makan lobak putih, ikut sis nak masak mcm mana..

Soalan popular

Artikel Berkaitan