Tak ada selera makan
Hai mom, saya tak ada selera makan langsung, tambah2 tengok nasi dengan lauk lagi la saya loya, boleh suggest tak makan apa yang bagus kalau tak lalu makan nasi berlauk ni, btw berat badan saya turun mendadak☹️ saya baru 9week #firstmom #firstbaby
Saya pun tak lalu nasi. Even mee, roti pun kadang ada hari boleh paksa makan ada hari nak terkeluar balik. Tengok lauk lauk lagi la mmg tak lalu. So hari hari try n error makanan lain lain. Cuma alhamdulillah buah boleh telan. So byk makan buah and kurma je janji ada nutrisi untuk baby 🥲
Saya pun sama , nasi & lauk2 semua tak lalu . Tapi fastfood boleh makan hahahaha . Saya baru 8week harini . Banyak hari jugak la tak makan nasi 😂 . Saya anak ketiga ini laa paling pelik , sebelum ni saya kuat makan masa preggy kat kakak & abang . Hihihi
sama sis saya pon xlalu nasi apatah lagi lauk2 gulai ke ikan ke..sy lalu makan mee2 je. mee hailam sy makan nasiblah lalu juga tekak ni..n buah2an susu tepung tu xtinggal hari2
Saya pun sama nasi mmg tak mkan. Tp saya mkan mcm pasta, mee, kueytiaw , roti mcm tu je. Slalu lunch je dpt masuk tekak, malam mmg tak dpt mkan sbab xde selera and loya je.
Sya skrg mesti bangun muntah dan nangis hari2 dah macam jadual. Sya sedia biskut di tepi tilam. Asal lapar sya makan dan kurma.
9w masih awal lagi sis. baby perlukan nutrien yang cukup daripada pemakanan ibu. cuba makan makanan selain nasi.
Sama lah.. nasi dengan lauk2 tu buat loya. Saya mkn buah2, roti dgn jem, sup..
Yg penting ambil vitamins & buah2..