16 Balas
Better pg check, sebab kuning ni kalau lama nanti bahaya utk liver baby. Tujuan ambik darah kat kaki sebab nak tengok bacaan yang tepat, takut kuning makin naik. Kalau bacaan kuning konsisten turun, kk tak akan suruh datang hari2. Macam anak sy dulu masa hari ke-3 check, nampak turun drastik, jadi esok tu tak payah turun kk. Kena suruh turun hari ke-5, then makin turun lagi, kena suruh turun hari ke-7. Lepas tu kuning dah level normal, tak perlu check lagi dah.. Kalau awak rasa penat nak pegi kk, boleh mintak husband tolong wakilkan bawak anak ke sebab biasanya kk check kuning anak je kan dah takde check mommy selepas seminggu seingat sy
Kuning ni panas dalam. Mmg kuning baby ni makin lama nanti dia akan hilang, tp ramai je baby yg dia makin naik. Ada yg prolong sampai 3 bulan. Thats why kena kerap g check, dr. bg appt suruh dtg check tu sbb nk tau bacaan turun ke naik. Kalau tak check rupa2nya makin naik & kita pun tak take any actions, bahaya. Boleh sebabkan kematian. Time tu kalau jd apa2 kt baby, kk takkan bertanggungjawab sbb dia dah bg appt date tp parents yg tak dtg bawak baby. Ni explanation kk saya dulu sbb saya pernah tanya sbb kita penat sgt nk dtg kk selalu
Anak saya prolonged jaundice 2 bulan. Walaupun saya dan suami first time parents, kami tak ikut cakap orang or serah kan any decisions pada orang tua kami. Segala petua, tips or pantang larang memang kami tak ikut. Just ikut advice paediatrician je masa tu. So yeah it's your child. Any consequences or decisions awak dan suami yang bertanggungjawab terhadap anak awak. Bukan orang lain. Get well soon baby and teruskan penyusuan setiap 1-2 jam. Jangan culas ya
perlu check awk, kita taktau takut apa apa jadi dekat baby . anak saya pun kuning dah 30 hari . ni kena amik darah dekat tangan dan kencing . saya hampir giveup sebab mcm mcm petua try , tapi 2minggu je . pastu saya stop semua petua . then bagi susu formula s26 dengn susu saya . Alhamdulillah makin turun . tapi bersabar lah awak , memang baby selalu mcm tuh . jangan stress okay 🥰🥰
saya pon guna susu s26 n bdn but kuning kejap turun kejap naik balik giveup dh rasanya
better cek sis. utk pastikan anak sis xde apa². mmg kasian. faham sgt perasaan cm tu. anak sy pun cm tu juga dulu. ambil darah dgn air kencing baby. nak hampir sebulan lebih juga kuning anak kena baru ok. alhamdulillah xde apa. jgn stress ye sis. banyak bersabar. fikir kesihatan sal anak dulu. bagi sy, x yah dgr sgt mulut orang lain.
Saya pakai nahla balm.. baby saya hari ke 14 baru discharge kuning.. nahla balm tu buat dia senang berak.. org cakap susu ibu sng turun.. tapi saya campur dgn susu formula lactogen.. sbb nak kena susu kan setiap 1-2 jam and jaga mental health time pantang.. suami pon boleh buat kan susu malam2
Tak perlu ikut cakap mertua. Dah itu anak puan dan suami, kenapa pula perlu serah pada mertua? Ibu bapa kepada anak yg buat keputusan dlm hal ni. Bukan nenek. Nenek tu dah selesai zaman dia mengasuh anak dia masa anak2 dia kecil. Kasi peluang nenek dan atuk enjoy dgn zaman usia emas mereka.
Assalammualaikum sis..anak saya kuning yg ke 14 hari ni.. Alhamdulillah dah turun..cara saya just bagi susu FM pada baby supaya kenyang pastu sulam dengan susu badan supaya cepat hadam anak boleh membuang sampai tahi dia warna kuning..sis cuba laa InsyaAllah☺️
Xperlu dgr ckp mak mertua..dia bkn doc.jadi pape kat ank awk nti dia nk bertggjwb ke?bwk je ke klinik.sy pn dulu seminggu direct bwk baby ke klinik demam kuning.risau sy kalau jd pape kat ank.sambil ikhtiar utk turunkan kuning dia
better pegi ja. sbb kalau prolonged jaundice doc akan check for thyroid,liver semua tu. anak sy pun sbulan. last checkup sy mintak discharge sebab all results blood test and urine normal. so mommy better pegi ja.
Anonymous